Showing posts with label Interesting Internet. Show all posts
Showing posts with label Interesting Internet. Show all posts

Hujan Lebat Sejuk

Salam jumaat, admin pegi KK arini, cuaca sangat mendung. Ni gambar masa di bukit kelawat nak turun bukit.



Sampai kk terus hujan. Lebat tol! Nasib baik dah lepas lunch hour, sbb byk gak myvi tinted gelap lalu lalang dkt McD td. Keadaan kesesakan masih lagi terkawal.


Lepas dari kesesakan yang panjang. Depan tu bangunan survey dah. 





Kereta admin ni tak tinted ya. Terang benderang bak aquarium ikan patin. Jadi memang xda potensi nak singgah mana-mana drive tru. 

Repost : Worksation Hyper Mahal? Berbaloikah??

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu workstation yang memang top la juga. Workstation ini bernama "Emperor" keluaran NovelQuest. Fuhh!! itulah perkataan pertama selepas saya melihat W/S(workstation) ini. Kalau nak dibandingkan dengan yang saya sedia ada memang tidak dinafikan bagai langit dengan bumi. Dah la meja PC tak tersusun, disanalah segalanya termasuk kertas-kertas assignment + majalah + wayar berserabut. Apa yang menarik dengan W/S ini adalah menggabungkan semua aplikasi dalam satu gadget. Tengok gambar untuk lebih kepuasan mata memandang.

MAGIC!! Berapa Laju Anda Boleh Membaca

Uji kecepatan anda membaca. Biarpun perkataan di bawah ni laju, tapi masih dapat di baca. Rasanya rahsia di sebalik teknik membaca cepat ni ada kaitan dengan huruf yang berwarna merah. Kalau huruf tu berwarna hitam, rasanya memang susah juga baca.



Source : Spritz

Polis Yang Baik Hati

Ramai yang sakit hati kalau di tahan oleh Polis di jalan raya. Asal je kena tahan, mesti dalam hati korang "Kompom kena saman", "Ada aku buat salah ke?", "Abih la !@#$#$@#%". Sekali sekala teringin juga tengok camni kat Malaysia






Source : youtube.com

Jangan Buang Botol Coca Cola

Coca Cola menghasilkan sebuah idea yang kreatif untuk menggalakkan penggunaan semula botol. Tukar penutup dan anda boleh menggunakannya semula sebagai berus lukisan, pengorek pensel, permainan dan banyak lagi.



Top!! Nama saya Gary


Gary Chaw
Penyanyi dan komposer yang berasal dari Kota Belud, Sabah. Telah menempa nama di peringkat antarabangsa terutamanya di Taiwan. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah yang berprestij sebagai contoh, Best Male Mandarin Singer di Golden Melody Awards pada tahun 2008.





Gary Moore
Siapa yang tidak pernah dengan lagu "Still Got The Blues" dari Gary Moore? Beliau merupakan pemain guitar yang terkenal suatu masa dahulu. Juga merupakan seorang penulis lagu dan juga penyanyi. 





Kang Gary
Yup! Mr. Kang Gary. Seorang Rappers, Komposer, dan ahli tetap dalam rancangan Running Man. Running Man sudah bertapak di industri television selama lebih 3 tahun dan telah menghasilkan satu rantaian peminat yang super dasyat di seluruh dunia. Watak Gary dalam Running Man merupakan seorang yang lucu dan penuh dengan kebingungan. 


Sering dikaitkan dengan Song Ji Hyo yang merupakan pasangan Monday Couple dalam Running Man.





Gary The Snail
Muncul sebagai haiwan peliharaan dalam animasi Spongebob Squarepants.Merupakan seekor siput tetapi berbunyi seperti kucing. Biarpun beliau seorang haiwan peliharaan tetapi bahasanya mudah difahami oleh orang lain. Merupakan seekor haiwan yang beremosi dan tidak pedulikan tuannya.


Spongebob dan Gary

Kalau BARANG dah terbelah

Nak share gambar yang terbelah-belah.

Bola Baseball

Peluru

Camera Lense


Mesin Fotostat


Bom Tangan


Kunci dan Lock


Kereta 


Macam lalat jer


Mee Maggi


Sarang Anai-anai


Kalau hati terbelah??? siapa yang tahu.
Matilah orang kalau hati yang terbelah....^_^

Tips melajukan kereta tanpa modal

Salam to all,
Tips kali ini adalah berkenaan bagaimana untuk melajukan kereta tanpa sebarang modal dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.



Apa yang penting dalam melajukan kereta FREE??

- Enjin yang power? duit
- Turbo?? duit
- Body aero dynamik?? duit
- Ringankan kereta?? tanpa modal..

Tips Jimat Hujung Bulan Tua

Tips untuk menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan hujung bulan.


Tips ini adalah hasil dari perkara sebenar nukilan dari kesempitan poket pada setiap pertengahan bulan tua.

Kita semua tahu perbelanjaan yang paling besar adalah minyak petrol/diesel yang digunakan untuk mencari rezeki setiap hari. Bagaimana untuk menjimatkan petrol?

A   :   Bro, apesal asal aku tumpang kereta ko mesti minyak ko takat E jer? ko tak isi minyak ke ni?

B   :   Banyak lagi tu, boleh lagi round2 KK. Gua isi minyak kalau perlu jer bro. Gua dah set dah setiap tempat berapa minyak nak kena isi.

A   :    Pergh....


Kelebihan isi minyak sikit?


  • Kalau kita naik kereta nampak minyak siket kompom aircond tak pasang punya. 
  • Kekerapan untuk merayau-rayau berkurangan
  • Kalau member pinjam kereta and then nampak minyak takat E mungkin ada dua kemungkinan A. Anda akan dapat minyak free B. Member bagi balik kunci
  • Kereta jadi ringan kalau naik bukit.
  • Bila minyak sikit, kekerapan untuk menekan pedal minyak secara melulu berkurangan. 
  • Pemandu agressif akan secara automatik menjadi pemandu berhemah.
  • Semakin lama anda mengamalkannya semakin anda tahu cara pemanduan yang menjimatkan minyak.
  • Meningkatkan teknik anda untuk mengelakkan jam
  • Menambahkan keyakinan diri untuk sampai ke destinasi seterusnya dengan keadaan minyak yang sikit
  • Menghafal setiap stesen minyak yang terdekat

 Testimoni Pengamal minyak sikit  :


  1. Jack(bukan nama sebenar) ; Dulu sebelum saya mengamalkan teknik ini, saya sering menghadapi masalah dalam perbelanjaan minyak sebulan. Tapi selepas saya menggunakan teknik isi minyak sikit kehidupan saya lebih bahagia dengan lebihan duit rm50 dalam dompet.
  1. Bobi(sikit lagi nama sebenar) ; Teknik isi minyak sikit amat berkesan. Saya memandu Mitsubishi EVO 7 dan sering membawa laju di mana-mana sahaja. Selepas mengamalkan teknik ini, saya memandu dengan lebih perlahan dan saya jimat lebih dari separuh tangki minyak sebulan!!.

AMARAN!!
Jangan lupa untuk mencatit setiap kereta tarik di kawasan anda untuk mengelakkan kereta anda tersadai di tepi jalan.


SEKIAN

Ubat untuk hati


Kadangkala kita terlalu sibuk untuk melakukan biarpun sedikt kebaikan. Apabila kita pernah rasa kecewa ataupun hati rasa tidak menentu jangan malu untuk membuat amal jariah, kerana kebaikan itu boleh memberikan ketenangan kepada diri sendiri. Jika kita lihat orang gembira kerana kita, sudah pasti kita juga yang merasa ketenangannya.

Admin sendiri pernah melalukan seperti di atas dan ternyata ia memang memberikan kepuasan kepada admin. Biarpun sedikit, biarpun sebotol air mineral, ataupun sebungkus nasi lemak, sudah cukup untuk menggembirakan hati.


Blogging dari android

Salam to all, Beberapa hari ni asniper telah menggunakan satu software yang membolehkan asniper update blog melalui android handphone/tab. Software ini dinamakan BlogIt!. Lepas pakai software ni memang senang mau update blog. Kalau yang belum ada software ni bolehlah cari di market,playstore ataupun blackmart. 

Kelebihan software ini adalah ianya mudah untuk digunakan. Ada fungsi yang mencukupi untuk blogger seperti font bold, underline, garis, tulisan mereng-mereng dan lain-lain. Kelebihan lain pla ia boleh update guna html bagi sesiapa yang pakar html la. Asniper tau pakai default setting jak. BlogIt! ini juga disertakan dengan fungsi upload gambar. Korang snap gambar lepas tu upload guna buttom gambar yang disediakan. Sebagai contoh gambar motor kapcai asniper ni 


Fungsi BlogIt! memang sangat sesuai untuk mengupdate blog anda, apaapapun SELAMAT MENCUBA 

Salam satu blogger¡¡¡