Showing posts with label Man and Women. Show all posts
Showing posts with label Man and Women. Show all posts

Sebab kenapa lelaki menipu?

Tipu! tipu! tipu! Itulah yang selalu di dengar oleh si lelaki dari si wanita. Apa pun tak boleh! (Jambu Raja Lawak). Walaupun si lelaki BETUL, namun tetap juga si wanita menganggap SALAH.

Lelaki merupakan spesis yang tidak suka benda-benda yang rumit. Sebagai contoh , pemilihan barang. Bagi lelaki semua benda sama tak kira apa jenama. Shampoo hanya satu, semua sama. Conditioner?? Hair fall?? Urang aring?? Anti dandruff?? What is that?? Asalkan shampoo. Pendek kata, semua benda yang rumit jangan di tanya kepada lelaki.

Penyebab kepada aktiviti penipuan ini adalah kerana ketidakadilan dalam sesuatu keputusan yang menyebabkan sebelah pihak perlu memberikan kemenangan kepada pihak yang berkeras dengan menipu (Fuh! macam jawapan SPM). Ini adalah benar. Jika si lelaki bercakap benar, ia adalah satu penipuan bagi si wanita.  WHY?? Ini merupakan lumrah kehidupan seorang lelaki. Kehidupan seorang lelaki penuh dengan cabaran dan kesusahan yang tidak logik bagi si wanita. Cabaran ini disalahtafsirkan sebagai alasan walaupun telah diterangkan secara teliti oleh si lelaki.

Contoh-contoh perkara yang benar-benar terjadi tetapi di luar logik akal. 

A- "Tayar kereta pancit , lepas tu kredit habis, ngam-ngam pula henfon habis bateri"


B- "Kawan baru pinjam duit, lepas tu kad atm pula buat hal, hari ni tak dapat tukar kad, hari sabtu bank tak bukak"

C- "Bos saya memang la pompuan cantik, tapi dia dah ada tunang, dia kol pun sebab kerja"

Korang rasa perempuan nak percaya tak? Itu semua ditafsirkan sebagai alasan kerana tidak mencapai logik si wanita.

Alasan 'sudah jatuh ditimpa tangga lalu dilanggar lori' sudah tidak berguna lagi, WALAUPUN ianya kejadian benar-sebenarnya. Ini mendorong kepada penipuan yang logik dan boleh diterima si wanita.

Contoh penipuan.

A- "Malas nak keluar la"
B- "Sakit"
C- "Bos sy dah tua"
Yang ini logik kan?

VIDEO!!! Awek Cun Mata Duitan




Kisahnya seorang lelaki mengajak awek cun pergi makan malam.

Awek cun tu menolak kerana lebih suka makan sendiri.

Kemudian lelaki tu mempelawa awek cun tu sekali lagi sambil menuju ke Lamborghini miliknya.

Awek cun tu kemudian terkejut akan kekayaan si lelaki dan mempertimbangkan pelawaan si lelaki.

Namun si lelaki tidak peduli kerana dia tidak suka wanita yang melihat pada harta kekayaan seseorang.

Akhirnya si lelaki terus pergi meninggalkan awek cun tu.

The End