Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Blogging dari android

Salam to all, Beberapa hari ni asniper telah menggunakan satu software yang membolehkan asniper update blog melalui android handphone/tab. Software ini dinamakan BlogIt!. Lepas pakai software ni memang senang mau update blog. Kalau yang belum ada software ni bolehlah cari di market,playstore ataupun blackmart. 

Kelebihan software ini adalah ianya mudah untuk digunakan. Ada fungsi yang mencukupi untuk blogger seperti font bold, underline, garis, tulisan mereng-mereng dan lain-lain. Kelebihan lain pla ia boleh update guna html bagi sesiapa yang pakar html la. Asniper tau pakai default setting jak. BlogIt! ini juga disertakan dengan fungsi upload gambar. Korang snap gambar lepas tu upload guna buttom gambar yang disediakan. Sebagai contoh gambar motor kapcai asniper ni 


Fungsi BlogIt! memang sangat sesuai untuk mengupdate blog anda, apaapapun SELAMAT MENCUBA 

Salam satu blogger¡¡¡

Puasa dan Raya

Salam kepada semua. Fuh! Fuh! dah berhabuk blog nih, uhuk! uhuk!. Pejam celik dah sampai ke bulan Ramadhan yang mulia ni. Saya memang kurang masa untuk internet dah. Last post pun tak ingat dah. Mungkin ramai dah tak ingat blog afiqsniper ni ek. Dulu memang rajin blogwalking, tapi sekarang nih tak tau lah camna nak blogwalking lagi ni.

Sempena bulan puasa ni marilah kita tingkatkan amalan serta kurangkan kemungkaran. Bulan puasa ni bulan yang mulia. Bulan rezeki juga bagi kita semua. Kita patut bersyukur dapat berpuasa di negara aman macam Malaysia ni. Kalau negara yang kucar kacir korang fikirlah camna dorang puasa. Ada yang mungkin cuma minum air kosong jer. Kita kat sini semua ada, dari yang A hingga ke Z. Tinggal korang pilih jer. Ada yang sampai nak sapu habis satu bazar pun ada gak.

Bulan puasa ni elakkan pembaziran. Kalau dah pokai time dekat raya kan susah. Tahun ni saya ber Raya yang sederhana saja. Planning nak pegi tawau tahun ni. Harap-haraplah hajat kesampaian. Kepada semua warga Elken dan sesiapa sahaja pengguna produk Elken, Terus amalkan pemakanan Elken Spirulina untuk tenaga sepanjang hari.

Ni lah lagu yang paling menusuk kalbu setiap kali hari raya, saya pasti memang banyak kenangan setiap orang dengan lagu ni.

SeLaMaT BeRpUaSa
DaN
SeLaMaT HaRi RaYa

Align Center

Tak Ku Sangka Tak Ku Duga

Tak Ku Sangka Tak Ku Duga



Malam ku tidur tak lena
Teringatkan dirimu
Terimbas kembali kenangan lalu
Alangkah indahnya bersamamu

Mengalir air mataku
Menemani malam sepiku
Kurindu saat bersamamu
Sukarnya untuk ku melupakanmu

Dahulu engkau berikan cinta
Mengapa kini engkau berubah
Manakah janji akan setia menanti

Jikalau engkau tak lagi cinta
Katakan saja aku tak kisah
Dari kau terus membuat ku menunggu

Tak ku sangka
Tak ku duga
Perpisahan yang akan melanda
Dah ku cuba pertahankan,
Namun dirimu pergi jua

Cintamu bagaikan rembulan
Yang hadir bila malam menjelang
Kau hilang bila siang mendatang
Begitulah sikap mu oh sayang

Kau hantar cintaku di tepian
Ku bagaikan hanyut di lautan
Yang lemas dalam percintaan
Dipukul gelombang keresahan


Layan jer....

Hari Ahad Bakal Berakhir

Salam to all, hari ini hari ahad. Hari yang amat best bagi setiap orang, boleh lepak depan tv, boleh jalan-jalan, shopping, online, tengok movie, main bowling, dan TIDUR. Hari ini saya hampir demam, selesma + hidung terhumbat-humbat, huara hun hahir hengau huda hi. Sapa dapat baca ni memang korang terer lah.

Dah telan beberapa jenis ubat, so now rasa macam nak masuk dah "kick" dia ooo. Rasa mengantuk tapi terpaksa ditahan sebab tunggu MENTOR di TV3 beb. Sapa takmau tengok Mentor Mus & Protege dia. PergHH, power.

Bila ingat mentor hati rasa happy sket. Tapi bila ingat pasal besok, hati macam gundah gulana. Bangun jam 5.30, solat, mandi, start kereta dan mulalah hari yang bahagia. Ya, memang bahagia. Wawawawa. Jam sekarang 20:36, bermaksuda 8.37. Saya ni buka jenis suka tengok berita. Lagi best menaip sambil kira duit di internet.

Semua itu datang dari emosi beb. Kalau you all think positif, hari isnin tu boleh jadi hari yang bahagia. Kalau yang kerja ofis, boleh jumpa kawan cerita pasal piala thomas, cerita sal isu semasa. Kalau yang student pun think positif gak, kat umah takda awek boleh mengorat, kalau lepak umah jer takda duit belanja pun. Kalau yang jadi bos, kat ofis you pun boleh lepak ma, ada kerusi "jongkang-jongket" + ada orang yang boleh dimarahi PUN(johan style)

Sebelum hari ahad berakhir saya nak bagi gambaran sket untuk hari esok melalui video in :




Erm mungkin otak saya sedikit terganggu sebab tadi petang makan ubat selesma + demam. achooo!!!!.. Alhamdulillah..
apa-apa pun majulah diri anda untuk diri anda sendiri.
Salam
C ya

Dapat 1000$ Try dululah kalau betul

Salam to all, telah berkurun lamanya sejak tidak update blog. Laptop gua kena pau + cermin kereta pecah dan banyak lagi dugaan dan cabaran yang menimpa...huhuhu.. Memang frust tahap gaban coz tak da laptop. Now still searching for one lah. Baru-baru ni saya terserempak dengan dapat duit klik-klik ni. Setelah men"search" pak google, terjumpa laman web www.fineptc.com yang menawarkan klik-klik dapat duit @ PTC. Setakat ni saya masih dalam tempoh percubaan dan sudah dapat $1000. US dolar ek, bukan RM. Dia cuma boleh withdraw kalau da sampai $10,000 jer.

Ni promote link, try2 lah ek. manatau benda ni betul, sama-sama dapat untung kan kan??



haaa, ada cara untuk cepat ni, saya dapat dari otai ntah mana. tapi nampaknya memang berkesan cara yang diberi. sesiapa yang berminat juz give your comment ok.

Salam
C ya

Salam to all. Kembali ber blog setelah celcom 5GB bandwith kembali. Tetapi yang pastinya, 5GB tu tak akan sampai 3 hari pun, pastu internet speed jadi semput. Banyak benda + widget yang sudah saya buang kerana berkemungkinan mengganggu page load. Zaman ni macam-macam karenah orang, beberapa hari lepas berunding dengan seorang broker yang kureng pengetahuan.

Sungguh ku tak mampu menahan rindu (kamu sambung la sendiri)

Salam kepada semua, cukup cukup lama saya tak meng update blog. Ibaratkan megi yang sudah kembang (bak kata Alex raja lawak). Wah! Wah! banyak cerita baru dari blogger sekalian, kalau mau baca semuanya memang 7 hari 7 malam pun tak habis. Masa yang ada untuk meng update pun cuma pada waktu malam sebab siang membusy kan diri, hahaha. Satu lagi problem, bila masa buka blog nak update, speed internet, fullamakkk, macam siput. Tu yang terjadinya simptom boring yang amat sangat. Dah la penat, bagus landing atas katil jer la bro.



Ka Ching!!! $$$$$ Dalam masa terdekat ni, saya bakal bertukar profesyen kepada tauke la pula, yeah! InsyaAllah, kalau tiada aral melintang. Tauke yang dimaksudkan adalah bos car wash, dapat cuci kereta free la hari-hari. Dianggarkan dalam bulan 6 ini saya akan membuka car wash secara rasminya. Atlast, dapatlah update blog hari-hari. Memang sudah lama mau buka bisnes berkaitan dengan kereta tapi blue print belum lengkap loan belum lulus, hehehe. Dulu masa sekolah menengah planning nak buat workshop bodykit dan cat kereta. Mungkin akan dilaksanakan selepas berjayanya car wash ini. Amin.

The best thing about jadi tauke adalah korang tak perlu ada spesifik kepakaran dalam sesuatu bidang, tapi mesti tau serba sedikit la, karang terkena kelentong, bos juga yang susah. Sebagai contoh, syarikat perumahan di sabah ini seperti syarikat "A" jadi jutawan sebab mempunyai banyak perumahan dan memang sangat laku sebab tempat strategik. Tapi yang pastinya, adakah bos itu sendiri tahu buat rumah? ada yang jawab ya, dan ada yang jawab tidak. Dalam perniagaan, kalau kita mahu buat sesuatu perniagaan, kita upah orang yang pakar dalam bidang tersebut. Upah engineer, upah tukang, upah pekerja. And then, walaupun kita tidak tahu apa-apa tentang buat rumah, tetap akan jadi tauke perumahan yang berjaya. psssstt- ini kawan saya yang cakap ok

9/10 rezeki itu daripada perniagaan. Kalau kita ikhlas dan jujur, perniagaan pasti maju. Majulah bisnes untuk negara.

Salam

C ya

Lesu tidak bermaya selepas..............


Saya pun tak tahu kenapa lesu + tidak bermaya + macam nak demam. Maybe sebab terlampau banyak makan limau atau stay up main game. Kalau bab game lah, adui...memanglah susah nak pisahkan dengan saya. Saya blogging pakai laptop & main game guna PC. Kalau ada masa mungkin saya akan upload gambar workstation saya yang berhambur sana sini.



Beberapa hari ini jalan raya memang sesak sangat-sangatZZ. Kalau kereta yang gear "Auto" mungkin tiada masalah, tapi kalau kereta buruk macam saya punya ni, dengan clutch yang keras + Air cond kejap ada kejap takda, kes berat kalau tersesak di jalan raya yang panas menghijau tu. Mungkin stress begitu juga menyumbang kepada keletihan dan kelesuan saya ni.



Di samping itu(macam karangan pula hehehe), assignment satu pun belum dibuat. Hari ini mungkin start buat perlahan-lahan. Kalau assignment pengiraan mungkin boleh dimaafkan, tapi kalau dah terpaksa buat essei yang panjang berjela tu yang jadi lemah. Kalaulah boleh buat assignment macam blogging kan best. Huhuhu, tak pasal-pasal markah jadi telor.


Telan 1 biji panadol ActiFast sebab mula start pening-pening tengok skrin laptop. I hope I'll be well soon so I can visit my blogger friends.

C ya