Showing posts with label Computers. Show all posts
Showing posts with label Computers. Show all posts

Repost : Worksation Hyper Mahal? Berbaloikah??

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu workstation yang memang top la juga. Workstation ini bernama "Emperor" keluaran NovelQuest. Fuhh!! itulah perkataan pertama selepas saya melihat W/S(workstation) ini. Kalau nak dibandingkan dengan yang saya sedia ada memang tidak dinafikan bagai langit dengan bumi. Dah la meja PC tak tersusun, disanalah segalanya termasuk kertas-kertas assignment + majalah + wayar berserabut. Apa yang menarik dengan W/S ini adalah menggabungkan semua aplikasi dalam satu gadget. Tengok gambar untuk lebih kepuasan mata memandang.

Jangan Buang Botol Coca Cola

Coca Cola menghasilkan sebuah idea yang kreatif untuk menggalakkan penggunaan semula botol. Tukar penutup dan anda boleh menggunakannya semula sebagai berus lukisan, pengorek pensel, permainan dan banyak lagi.



Blogging dari android

Salam to all, Beberapa hari ni asniper telah menggunakan satu software yang membolehkan asniper update blog melalui android handphone/tab. Software ini dinamakan BlogIt!. Lepas pakai software ni memang senang mau update blog. Kalau yang belum ada software ni bolehlah cari di market,playstore ataupun blackmart. 

Kelebihan software ini adalah ianya mudah untuk digunakan. Ada fungsi yang mencukupi untuk blogger seperti font bold, underline, garis, tulisan mereng-mereng dan lain-lain. Kelebihan lain pla ia boleh update guna html bagi sesiapa yang pakar html la. Asniper tau pakai default setting jak. BlogIt! ini juga disertakan dengan fungsi upload gambar. Korang snap gambar lepas tu upload guna buttom gambar yang disediakan. Sebagai contoh gambar motor kapcai asniper ni 


Fungsi BlogIt! memang sangat sesuai untuk mengupdate blog anda, apaapapun SELAMAT MENCUBA 

Salam satu blogger¡¡¡

Mesej Printer Yang Mengarut

Salam to all,

Atlast, hari jumaat dah sampai, rest time. Tidak perlu difikirkan tentang kerja dalam masa 2 hari ni. Tapi malam isnin memang dah start boring lah sebab besoknya kerja. Kerja di ofis kan banyak melibatkan printer dan komputer. Kalau printer SOT@Rosak mesti saya dah tension. Lebih-lebih lagi kalau tak dapat dibaiki.

Ada di antara EPIC printer yang mungkin menambahkan kemarahan seseorang kalau printer tu sendiri buat hal. Jom tengok sama-sama.










Apa-apa pun, kalau printer ada masalah pasti ada penyelesaiannya. Tenang dan jangan marah-marah k..

salam
c ya

Andai kata komputer boleh bercakap?

Andai kata komputer boleh berkata-kata? korang boleh suruh komputer cakap sebenarnya, cuma dia ni macam burung tiung jer, apa yang korang taip itulah yang dia sebut.
"Sila gunakan bahasa English untuk sebutan yang jelas"

Cara 1 senang, kalau pakai XP

Cara 2

Buka notepad

Copy paste kod di bawah

Dim message, sapi
message=InputBox(“Enter the text you want spoken”,”Speak This”)
Set sapi=CreateObject(“sapi.spvoice”)
sapi.Speak message

Save sebagai speak.vbs


Buka fail speak.vbs

Taiplah apa yang korang suruh cakap, tapi komputer cuma ikut cakap jer apa yang korang taip, kalau korang taip suruh shut down pun dia takkan dengar punya. Just for fun..


Cara paling senang edit web

Salam to all,

Cara paling senang edit web yang sana nak cerita ni bukanlah edit yang pakai software macam dreamweaver atau software yang lain. Tapi cara ni membolehkan korang edit secara "real-time" di web. Korang pernah tak nampak screenshot camni?

Yang ni sekadar edit tanpa ragu-ragu,

Caranya korang copy kod di bawah dan paste kan ke URL kamu

javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0


Tekan enter. Pastu korang dah boleh start edit web tersebut.

Ni satu lagi contoh


Apa sahaja korang boleh edit kecuali gambar lah, sebab gambar cuma boleh delete. Dapat edit text pun kira ok lah. Kalau dah edit korang tekan button "Print Screen" di keyboard dan paste ke Paint. Itu pun kalau korang tak da software untuk screen capture. Tapi saya pasti smua orang dah ada software tu.

Dan lagi satu, korang jangan buat benda ni untuk memburukkan orang ek, sekadar suka-suka saja. Beware of scam yang pakai cara begini. ok lah, c ya next time

Salam

Ubuntu buat kepala BUNTU

Salam to al, malam yang sejuk da very-very sebab baru lepas hujan. Tadi pun trafik jam yang teramat sangat. Kalau trafik jam kat blog tak apa lah kan? hehehe. Cerita pasal ubuntu ni memang dengar jer nama macam pelik sikit. Free operating system cam windows gak. Kalau windows, dia ada XP, Vista, Win 7. Kalau ubuntu ni dia punya asal dari linux. Linux ubuntu. Keluarga seangkatan ubuntu ni yang pernah satu masa dulu saya pakai adalah linux red hart kalau tak silap lah.


Cerita pasal ubuntu ni, malam kemarin saya memang takda tido sebab nak tunggu abis download ubuntu la katakan. Dah banyak search google mengenai kebaikan ubuntu ni. Antaranya, laju gila kalau loading program, kalau buat grafik memang boleh tahan. Erm, apa lagi ek? Oh ya, segala macam virus tidak akan masuk dalam sistem ubuntu ni. Bab virus je lah yang saya terpikat.

Berbalik kepada penginstallan ubuntu. Dah habis download, install la kan. Saya memang dah nekad nak pakai ubuntu nih. Hard disk saya ada dua partition, satu untuk OS dan satu lagi untuk data. Partition untuk OS saya format sampai habuk pun tarak. Selamat tinggal windows 7. Ubuntu ni memang OS yang paling cepat install pernah saya jumpa. Tak sampai 30 min dah siap. Round-round ubuntu memang mantap lah, semua free. Nak download ubuntu pun free. Software yang power-power pun free.

Agak kekok sket coz bila right klik di desktop takda refresh. Best gak ubuntu ni tak perlu refresh. Best kan? Ni part yang tak best. Program windows boleh pakai dengan menggunakan program Wine yang memang dah sedia ada kat version yang saya download. Tapi......bukan untuk semua software. Banyak ex game yang saya minat tak dapat main dah. Terutama Warcraft III. Dapat buka file, tapi grafik hampeh. Sampai jer menu game, jam terus. Hardware grafik kad dia tak dapat detect. Dapat detect tapi saya tak tahu cara.

And then saya buat keputusan yang kedua kali tukar windows ke xp. Ni lagi satu hal, bila nak install xp, dia tulis hard disk damage. Baru saya ingat, windows tidak kenal partition dibuat oleh ubuntu. Saya buka hard disk laptop and buka di PC. Memang partition tu tak dapat detect langsung. Pening dibuatnya. Dah macam-macam cara saya buat. Sampai driving pun tak tenang, dah la tak da tido. Harap-harap hari ini ada penyelesaian. Saya memang suka ubuntu tapi sekarang ni buat kepala gua buntu pula. Help me...

Salam
C ya

10 tanda kamu seorang penagih

Salam to all. Sebagaimana yang saya pernah bagitau saya sudah start satu lagi perniagan baru iaitu menternak cicak. Namun ia tidak memberi kesan kepada saya untuk terus terus berblogging. Masa terluang yang ada sedikit pada setiap hari itulah masa paling berharga untuk berblog. Idea?? Hentam jer lah, yang penting berinformasi dan membuka minda.

Blogger yang masuk Guinness World Record

Salam kembali to all. Beberapa hari yang membingungkan akhirnya semua selesai behind schedule. Yeah, dapat blogging balik. Thanks to all yang ada melawat blog, I will follow korang lepas ni ok.

Entri kali ini saya akan berkongsi fakta lama tapi baru sahaja saya dapat iaitu "Blogger yang masuk Guinness World Record". Siapa ya orang ini? ada juga kah yang dapat title camni? memanglah ada. Kalau namanya rekod dunia, semua jenis rekod ada, dari yang paling mengarut kepada yang paling pelik. 


 Yusuke Kamiji


Siapa-siapa yang kaki drama/movie jepun mesti pernah "ter" tengok orang ni berlakon. Blog Yusuke Kamiji ini telah dianugerahkan gelaran "MOST UNIQUE USERS ON A PERSONAL BLOG IN 24 HOURS" oleh Guinness World Record dengan unique visitor sebanyak 230,755 dan mempunyai pengunjung lebih kurang 5-6 juta sehari. Pengunjung yang paling banyak adalah 13,171,039 pada 12th April 2008. Untuk para blogger pasti sudah tahu apa maksud unique view kan? 

Gambar sekadar hiasan

Unique view merupakan pengunjung yang berlainan pada satu-satu masa. Unique view ini dikira hanya "satu" bagi setiap pengunjung. Kalau kamu lawat ke laman web tersebut berkali-kali pun, unique view tetap dikira sebagai satu. Bagi sesiapa yang mau melawat laman web Encik Yusuke ni boleh lah ke Yusuke Kamiji.

Oh ya, jangan lupa menggunakan Babelfish untuk mentranslate kan laman web itu, sebab saya sendiri pun tak faham tulisan jepun, kalau bahasa jepun *arigato*sayonara*hait-hait* boleh lah. Dengan itu(cewah), bersama-samalah kita ber *view2* blog antara blogger ok. Thanks

C ya,
*resTime*


sumber

Workstation yang hyper mahal, berbaloikah?

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu workstation yang memang top la juga. Workstation ini bernama "Emperor" keluaran NovelQuest. Fuhh!! itulah perkataan pertama selepas saya melihat W/S(workstation) ini. Kalau nak dibandingkan dengan yang saya sedia ada memang tidak dinafikan bagai langit dengan bumi. Dah la meja PC tak tersusun, disanalah segalanya termasuk kertas-kertas assignment + majalah + wayar berserabut. Apa yang menarik dengan W/S ini adalah menggabungkan semua aplikasi dalam satu gadget. Tengok gambar untuk lebih kepuasan mata memandang.