Ubuntu buat kepala BUNTU

Salam to al, malam yang sejuk da very-very sebab baru lepas hujan. Tadi pun trafik jam yang teramat sangat. Kalau trafik jam kat blog tak apa lah kan? hehehe. Cerita pasal ubuntu ni memang dengar jer nama macam pelik sikit. Free operating system cam windows gak. Kalau windows, dia ada XP, Vista, Win 7. Kalau ubuntu ni dia punya asal dari linux. Linux ubuntu. Keluarga seangkatan ubuntu ni yang pernah satu masa dulu saya pakai adalah linux red hart kalau tak silap lah.


Cerita pasal ubuntu ni, malam kemarin saya memang takda tido sebab nak tunggu abis download ubuntu la katakan. Dah banyak search google mengenai kebaikan ubuntu ni. Antaranya, laju gila kalau loading program, kalau buat grafik memang boleh tahan. Erm, apa lagi ek? Oh ya, segala macam virus tidak akan masuk dalam sistem ubuntu ni. Bab virus je lah yang saya terpikat.

Berbalik kepada penginstallan ubuntu. Dah habis download, install la kan. Saya memang dah nekad nak pakai ubuntu nih. Hard disk saya ada dua partition, satu untuk OS dan satu lagi untuk data. Partition untuk OS saya format sampai habuk pun tarak. Selamat tinggal windows 7. Ubuntu ni memang OS yang paling cepat install pernah saya jumpa. Tak sampai 30 min dah siap. Round-round ubuntu memang mantap lah, semua free. Nak download ubuntu pun free. Software yang power-power pun free.

Agak kekok sket coz bila right klik di desktop takda refresh. Best gak ubuntu ni tak perlu refresh. Best kan? Ni part yang tak best. Program windows boleh pakai dengan menggunakan program Wine yang memang dah sedia ada kat version yang saya download. Tapi......bukan untuk semua software. Banyak ex game yang saya minat tak dapat main dah. Terutama Warcraft III. Dapat buka file, tapi grafik hampeh. Sampai jer menu game, jam terus. Hardware grafik kad dia tak dapat detect. Dapat detect tapi saya tak tahu cara.

And then saya buat keputusan yang kedua kali tukar windows ke xp. Ni lagi satu hal, bila nak install xp, dia tulis hard disk damage. Baru saya ingat, windows tidak kenal partition dibuat oleh ubuntu. Saya buka hard disk laptop and buka di PC. Memang partition tu tak dapat detect langsung. Pening dibuatnya. Dah macam-macam cara saya buat. Sampai driving pun tak tenang, dah la tak da tido. Harap-harap hari ini ada penyelesaian. Saya memang suka ubuntu tapi sekarang ni buat kepala gua buntu pula. Help me...

Salam
C ya

Nobody But You or Shoe?

Ni ada video nobody versi rock. Saya rasa memang ramai yang tahu lagu Nobody yang dari Wonder Girls tu. Yang versi ni ada special sket. Apa-apa pun korang tengok lah k. Banyak kerja lagi ni.




Nobody nobody but SHOE..

Layan..

C ya,

Salam

Adsense aku...

Salam to all, hari yang agak mengantuk sedikit-dikit. Tengah hari ni lepak umah, malas rasanya nak berjalan. Pagi tadi pun hampir tak dapat bangun sebab sejuk. Tapi apa nak boleh dibuat kan, dah setiap hari banyak urusan. So, petang ni saya rest di rumah kat KK(kota kinabalu). Rumah apartment jer kat sini ni. Untuk rehat-rehat kalau malas balik rumah kat KB(Kota Belud). Kat sebelah rumah ni ada jiran baru, budak-budak nurse(lelaki), dari tadi memang tiada kerja lain memekak sampai pecah tekak. Entah bila la nak diam budak-budak ni.

Apa yang best tentang apartment ni, saya tinggal kat tingkat paling atas sekali, taklah tinggi sangat, 3 tingkat jer. Reason apartment paling atas? Kalau amik bahagian paling bawah tak best, sebab segala pergerakan+tingkah laku+habit dapat dilihat oleh orang tingkat atas blok sebelah. Memang or ang blok sebelah dengan terang benderangnya dapat tau apa korang buat(kecuali tutup langsir la). Tapi I like Kota Belud much more lah.

Ops..ops..Lupa tajuk entri. Tadi cekedout akaun adsense dalam beberapa hari ni, rasa-rasa macam tak bergerak langsung. Dah berapa lama tak blogging hari tu. Tapi start hari ini dah ada perubahan sket.


Harapan saya, kalaulah dapat didarab jumlah earning ni dengan 100 dalam sehari kan best. 23 sen, cukup untuk beli apa ek? tandas awam mungkin lepas lah, tapi banyak dah entry fee tandas awam diatas 30sen. Kat restoran pun ada gak yang kena bayar kalau tak lepak minum. Hidup ini susah, tapi tanpa susah, kita tidak akan senang.

Datz all
Salam
C ya

Google pada masa hadapan

Source : Google search for "Google in the future"
Hehehe, tak tau lah masa depan nanti boleh ke google buat ni semua.
Datz All,
Salam,
C ya

Tak Ku Sangka Tak Ku Duga

Tak Ku Sangka Tak Ku Duga



Malam ku tidur tak lena
Teringatkan dirimu
Terimbas kembali kenangan lalu
Alangkah indahnya bersamamu

Mengalir air mataku
Menemani malam sepiku
Kurindu saat bersamamu
Sukarnya untuk ku melupakanmu

Dahulu engkau berikan cinta
Mengapa kini engkau berubah
Manakah janji akan setia menanti

Jikalau engkau tak lagi cinta
Katakan saja aku tak kisah
Dari kau terus membuat ku menunggu

Tak ku sangka
Tak ku duga
Perpisahan yang akan melanda
Dah ku cuba pertahankan,
Namun dirimu pergi jua

Cintamu bagaikan rembulan
Yang hadir bila malam menjelang
Kau hilang bila siang mendatang
Begitulah sikap mu oh sayang

Kau hantar cintaku di tepian
Ku bagaikan hanyut di lautan
Yang lemas dalam percintaan
Dipukul gelombang keresahan


Layan jer....

AlertPay Pay korang

Salam to all, malam ni saya nak berkongsi tentang AlertPay.com. Fungsinya sama macam PayPal, menerima pembayaran dan bayar. Korang boleh beli barang (kalau ada kredit kad atau balance dalam akaun AlertPay), boleh terima bayaran (Banyak PTC site guna ni) and boleh request duit, hehehe. Camna nak register? Klik banner di bawah,



Klik sign up

Pilih Personal starter/Personal Pro/Business Account
Isi maklumat kamu

Isi ruangan email/Password dan lain-lain

Pastu check email for validate(confirmation)
Siap!

Korang dah boleh start terima payment dari customer atau mana-mana bisnes internet yang provide AlertPay.com > Kalau ada yang berminat mau buat referal dan dapat duit dari AlertPay pun boleh. Di laman utama klik "Earn Money"

"Earn money with AlertPay! Each time you refer someone to AlertPay, you could earn up to $10 USD. The more people you bring to AlertPay, the more we will reward you. Helping you earn more money -- think of this as our way of saying thank you."

Bagi blogger saya cadangkan pakai banner

Untuk banner ni ada 3 jenis banner yang korang, so lagi ramai yang register under kamu, lagi banyak korang akan dapat.

Haiya, sudah jam 12 oo, saya chow dulu k,
Salam,
C ya

Malaysia in top 10 Asia Pacific countries for phishing and bot-infected computers


Beware

Baru jumpa artikel ni. Dalam bahasa English, saya just copy jer coz susah mau translate, hehehe.

Malaysia is listed in the Asia Pacific and Japan top 10 countries for phishing and bot-infected computers, according to security solutions firm Symantec’s latest Internet Security Threat Report (ISTR). "Malaysia ranked fourth in Southeast Asia (SEA), behind Thailand, Philippines, and Indonesia for hosting phishing websites in Asia Pacific and Japan (APJ)," said Symantec Malaysia, principal consultant, enterprise security, Paul Woo, who added that the study was in its eighth year.

"In Malaysia, 86 per cent of the phishing website hosts target the financial services industry (FSI)," said Woo. "The motive behind this percentage is financial gain." Woo said the report showed that cyber criminals continued to focus on acquiring confidential information, which could then be sold at lucrative prices in the underground economy."


source : hackingthebox.org

Hari Ahad Bakal Berakhir

Salam to all, hari ini hari ahad. Hari yang amat best bagi setiap orang, boleh lepak depan tv, boleh jalan-jalan, shopping, online, tengok movie, main bowling, dan TIDUR. Hari ini saya hampir demam, selesma + hidung terhumbat-humbat, huara hun hahir hengau huda hi. Sapa dapat baca ni memang korang terer lah.

Dah telan beberapa jenis ubat, so now rasa macam nak masuk dah "kick" dia ooo. Rasa mengantuk tapi terpaksa ditahan sebab tunggu MENTOR di TV3 beb. Sapa takmau tengok Mentor Mus & Protege dia. PergHH, power.

Bila ingat mentor hati rasa happy sket. Tapi bila ingat pasal besok, hati macam gundah gulana. Bangun jam 5.30, solat, mandi, start kereta dan mulalah hari yang bahagia. Ya, memang bahagia. Wawawawa. Jam sekarang 20:36, bermaksuda 8.37. Saya ni buka jenis suka tengok berita. Lagi best menaip sambil kira duit di internet.

Semua itu datang dari emosi beb. Kalau you all think positif, hari isnin tu boleh jadi hari yang bahagia. Kalau yang kerja ofis, boleh jumpa kawan cerita pasal piala thomas, cerita sal isu semasa. Kalau yang student pun think positif gak, kat umah takda awek boleh mengorat, kalau lepak umah jer takda duit belanja pun. Kalau yang jadi bos, kat ofis you pun boleh lepak ma, ada kerusi "jongkang-jongket" + ada orang yang boleh dimarahi PUN(johan style)

Sebelum hari ahad berakhir saya nak bagi gambaran sket untuk hari esok melalui video in :




Erm mungkin otak saya sedikit terganggu sebab tadi petang makan ubat selesma + demam. achooo!!!!.. Alhamdulillah..
apa-apa pun majulah diri anda untuk diri anda sendiri.
Salam
C ya

Dapat duit dengan email

doemails.com

Jom Buat Duit Dengan Email

Klik Banner di atas

Jual Beli Baru Jual

Salam to all,

Pengumuman penting kepada siapa-siapa minat mau beli GT wing area KB/KK, saya mau jual my gt wing coz memberatkan bonet saya.

GT Wing tersebut berbentuk begini.


RM300-GT wing

Pic ni jer yang ada. Buat yang kuran pasti apa tujuan GT wing ni boleh lah search pak google ok. Ada yang kata tambahkan downforce, tambah grip kereta. But for me, tak pernah rasa apa-apa perubahan pakai Gt Wing, just untuk smart kan sikit kereta.

Maybe pas ni mau pakai spoiler jenis fiber lak, kalau GT Wing ni risau sket bawa kereta, takut kena tapau. Semua nat Gt Wing pakai L-Key jer. Kalau despert sangat orang nak curik, ikat tali /rantai besi pada GT wing and then sentak kuat-kuat guna kereta atau bulldozer kompom dengan bonet sekali tercabut.

apa-apa pun, majulah part2 kereta untuk negara
salam,
c ya

Kenapa tak dapat?

Salam to all, hari yang berlalu dengan pantas. Di samping pantas tangan juga tangan mencari info terbaru. Agaknya macam dah keras tangan untuk menaip sebab dah lama menyepi. Hari ini kurang bernasib baik sebab lelongan tanah tidak berjaya. Aduh..Aduh...

Jam 10 pagi tepat wa punya muka sudah termampang di Jabatan Tanah untuk melelong. Area tempat melelong adalah di kantin (Agak ganjil di situ). Biasalah, tumpuan orang ramai kan di kantin. Peguam dan orang-orang penting dah datang, tunggu punya tunggu sorang bidder pun tarak. Takkan nak suruh makcik kantin jadi bidder. Lepak jap, minum milo ping. Tambah lagi 20 minit masih gak tiada bidder. Last-last saya terpaksalah tangguh lelongan pada hari lain yang ditetapkan jabatan tanah.

Masyuk pun tangguh gak lah, huhuhu. Yang call kata nak ikut auction lebih 20 orang, kos fax dan perbelanjaan lain pun tak tau kira camna dah. Bayangkan setiap seorang perlu fax 13 dokumen tanah ke lebih 20 orang. Risk! Risk! Risk!

Actually saya memang yakin lelongan akan berjaya, tapi mungkin inilah dikatakan nasib. Agaknya di kawasan lain camna sambutan lelong ni ek? macam di KL ker, mesti berebut-rebut nak bid. Auction yang paling happening pernah saya handle pun tak sampai 10 orang. Itupun bidders kurang berani untuk mem bid. Agaknya ada sekatan fulus kot bila target price dah lebih limit.

Impian saya dalam bidang lelong ini adalah untuk menjadi auctioner di bandar-bandar besar. Claim pun besar gak. Masyuk! Masyuk! hahaha

Dats all,
Salam,
C ya



Business Terbaru Kredit Kad + Insuran

SMART GOBAL INTERNATIONAL


Salam to all, berita best kepada warga Sabah dan Malaysia yang ingin mencari pendapatan sampingan. Semua orang pun boleh berjaya ok. Bisnes ini seperti MLM yang biasa lah buat networking. Tapi kelebihan bisnes ini adalah setiap ahli mempunyai insuran dan berpeluang mendapat kad kredit yang mempunyai limit sehingga RM100,000. Best bukan? Kepada yang blacklist, atau tiada kerja dan yang tidak mampu (seperti saya) yang ingin mempunyai insuran bolehlah mengikuti bisnes ini.

Senang gak dapat kad kredit? memanglah senang, dengan hanya mengikuti bisnes ini anda boleh mendapatkan kad kredit anda sendiri + income yang lumayan

Siapa Yang Layak Memohon Kad Kredit Ini ??

*Muflis atau Blacklist
*Kakitangan Kerajaan

*Swasta

*Pelajar

*Suri rumah

*Pesara

*Penganggur

*Semua Bangsa Yang Ada Di Malaysia


Apa Kelebihan Kad Kredit ini ??
*Kadar Interest Free 0%
*No Annual Fee

*No Legal Action

*No Credit Check

*Credit Limit RM2,000 Hingga RM100,000.00


Dokumen Yang Diperlukan :

*Salinan Kad Pengenalan
*Salinan Bil Air,Api,Astro atau Bil-bil Telefon anda

*Alamat Penuh

*Nama Ibu

*Alamat E-mail


Info:

-Pendapatan Dari Jaringan Smart Global Dan Penggunaan Kad Kredit Adalah 2 Pendapatan yang berbeza.
-Panel Bank Untuk Repayment Kad Kredit Ialah Bank Maybank Berhad.
-Setiap Penggunaan Kad Kredit Hanya Dikenakan Charge 2 USD Sahaja.
-Tiada Interest Dikenakan Oleh Global Bank Of Commerce Ltd Usa Dari Penggunaan Tunai Atau Swipe.
-Platinum Agent Boleh Withdraw Cash USD1,500 Sehari Dimana-mana Tertera Logo PLUS Di Atam Seluruh Negara, Dan Belian Menggunakan Swipe Had USD5,000 Sehari.

Syarat-syarat


Bagi insuran pula, tidak perlu untuk menaja anda masih dapat insuran seperti berikut




Untuk mengetahui lebih detail boleh lah email atau YM saya di sizbernatch.

Bagi kawasan kota kinabalu, bolehlah mengikuti taklimat di :

Taklimat Smart Global
Tingkat 8,Hotel Imperial,
Warisan Square,K. Kinabalu
Setiap Selasa 7.30PM,

Salam,
C ya

Dapat 1000$ Try dululah kalau betul

Salam to all, telah berkurun lamanya sejak tidak update blog. Laptop gua kena pau + cermin kereta pecah dan banyak lagi dugaan dan cabaran yang menimpa...huhuhu.. Memang frust tahap gaban coz tak da laptop. Now still searching for one lah. Baru-baru ni saya terserempak dengan dapat duit klik-klik ni. Setelah men"search" pak google, terjumpa laman web www.fineptc.com yang menawarkan klik-klik dapat duit @ PTC. Setakat ni saya masih dalam tempoh percubaan dan sudah dapat $1000. US dolar ek, bukan RM. Dia cuma boleh withdraw kalau da sampai $10,000 jer.

Ni promote link, try2 lah ek. manatau benda ni betul, sama-sama dapat untung kan kan??



haaa, ada cara untuk cepat ni, saya dapat dari otai ntah mana. tapi nampaknya memang berkesan cara yang diberi. sesiapa yang berminat juz give your comment ok.

Salam
C ya