Hari Ahad Bakal Berakhir

Salam to all, hari ini hari ahad. Hari yang amat best bagi setiap orang, boleh lepak depan tv, boleh jalan-jalan, shopping, online, tengok movie, main bowling, dan TIDUR. Hari ini saya hampir demam, selesma + hidung terhumbat-humbat, huara hun hahir hengau huda hi. Sapa dapat baca ni memang korang terer lah.

Dah telan beberapa jenis ubat, so now rasa macam nak masuk dah "kick" dia ooo. Rasa mengantuk tapi terpaksa ditahan sebab tunggu MENTOR di TV3 beb. Sapa takmau tengok Mentor Mus & Protege dia. PergHH, power.

Bila ingat mentor hati rasa happy sket. Tapi bila ingat pasal besok, hati macam gundah gulana. Bangun jam 5.30, solat, mandi, start kereta dan mulalah hari yang bahagia. Ya, memang bahagia. Wawawawa. Jam sekarang 20:36, bermaksuda 8.37. Saya ni buka jenis suka tengok berita. Lagi best menaip sambil kira duit di internet.

Semua itu datang dari emosi beb. Kalau you all think positif, hari isnin tu boleh jadi hari yang bahagia. Kalau yang kerja ofis, boleh jumpa kawan cerita pasal piala thomas, cerita sal isu semasa. Kalau yang student pun think positif gak, kat umah takda awek boleh mengorat, kalau lepak umah jer takda duit belanja pun. Kalau yang jadi bos, kat ofis you pun boleh lepak ma, ada kerusi "jongkang-jongket" + ada orang yang boleh dimarahi PUN(johan style)

Sebelum hari ahad berakhir saya nak bagi gambaran sket untuk hari esok melalui video in :




Erm mungkin otak saya sedikit terganggu sebab tadi petang makan ubat selesma + demam. achooo!!!!.. Alhamdulillah..
apa-apa pun majulah diri anda untuk diri anda sendiri.
Salam
C ya

No comments:

Post a Comment