Kemana Duit Anda Dilaburkan?


Duit? erm memang semua ramai yang sinonim dengan perkataan ini. Duit adalah medium pertukaran untuk sesuatu barang atau servis. Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. Sekelliling kita semuanya merupakan benda yang dibeli oleh duit. Jika ada yang menafikannya saya tak tahu camna korang dapat baca intri ini. Duit susah dicari tapi senang dibuang. Bukan buang dalam tong sampah, buang untuk membeli blah. Kalau beli lepas tu blah takpa, kalau beli tak blah blah, itu memang nak pokaikan poket la tu.

Saya bukan mau cerita camna nak dapat duit kali ini, tapi apa yang dilabur dengan duit. Saya gunakan labur instead of belanjakan kerana labur bermaksud menggunakan duit untuk tujuan yang memberikan keuntungan = kelebihan . Ini bermaksud benda/servis yang dilabur menggunakan duit bukanlah sesuatu yang merugikan. Ia juga bermakna keperluan yang penting untuk kita. 

Bilakah masa kita berduit? Itu bergantung kepada sumber pendapatan seseorang. Ada yang makan gaji dan tunggu setiap hujung bulan untuk terima gaji, dan ada yang dapat duit hari-hari, mingguan, dan jangka masa panjang. 

Perkara yang pertama yang mesti dilakukan semasa terima duit/gaji adalah simpanan. Menyimpan merupakan amalan yang mulia. Bagi saya, kekayaan seseorang dinilai dari simpanannya, bukan dari berapa nilai yang dia terima setiap hari/bulan. Simpanan menentukan masa depan yang cerah. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari apa yang kamu terima. Sebagai contoh sekiranya gaji RM2000, so simpanlah RM200 dalam akaun atau ASB. Dalam 1 tahun kamu dah simpan sebanyak RM2400, kalau 10 tahun dah RM24,000. Memang ia nampak sukar, tapi jika kita ubah pemikiran jarak pendek ke pemikiran jangka masa panjang, ia memang satu pelaburan yang berbaloi.

Selepas menyimpan, bayar hutang. Cerita pasal hutang, wah, saya pun pening kepala. Hutang kereta, rumah, kad kredit, bil astro, bil air, bil eletrik dan lain-lain. Tapi jangan risau, hutang bukanlah sesuatu yang negatif yang perlu dirisaukan. Selesaikan hutang terlebih dahulu  supaya tiada masalah sepanjang bulan. Banyak kelebihan berhutang ni. Antaranya dapat kurangkan income tax, dapat mengurangan beban untuk melabur sesuatu seperti membuat pinjaman melabur untuk perniagaan. Keburukan hutang adalah bila lupa bayar dan suka bertangguh. 

Kalau dah bayar hutang, sekarang laburlah duit untuk keperluan. Laburlah dengan bijak. Keperluan utama mesti didahulukan seperti barang dapur, barang untuk baby bagi yang ada baby, barang peribadi yang penting, dan duit minyak. Duit minyak bermaksud, labur untuk isi minyak atau pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Bajetkan perbelanjaan untuk tempoh satu bulan. Contoh bagi saya sendiri, duit minyak setiap hari RM20, kalau naik teksi/kereta sapu +/- sekitar Rm25. So lebih baik isi minyak kereta sendiri, sebab boleh jalan awal, tak perlu tunggu penumpang penuh baru jalan. Tambahan pula boleh save minyak kalau kena dengan cara pemanduan. Dengan itu saya sediakan bajet untuk sebulan sekitar +/- Rm 600 untuk minyak. 

Lepas semua dah setel, duit lebih simpan dalam poket untuk keadaan yang tertentu. Ya lah, kita ni manusia dan malang tak berbau. So, baki duit adalah untuk kecemasan. Mana tau kereta rosak tengah jalan atau tiba-tiba kita jatuh sakit dan lain-lain. Duit kecemasan kalau tak habis bulan ni, bawa ke bulan depan atau simpan dalam akaun. Rajinkan membawa bekal makanan dan sentiasa bawa air dari rumah kerana ini akan banyak menjimatkan duit lebihan korang. Elakkan dari beli barang yang tidak diperlukan. Jika ada keinginan ,survey harga yang terbaik dan senaraikan kebaikan dan keburukannya.

Dan yang penting juga untuk kita lakukan adalah, rajin-rajin bersedekah. Paling kurang sebulan sekali. Kalau pergi sembahyang jumaat ringankan tangan untuk bersedekah, niatkan dalam hati dengan ikhlas untuk membantu orang yang susah. Insya' Allah rezeki kita akan bertambah. Ini memang saya tak nafikan selalu berlaku kepada saya. The more we give, the more we get.

Banyak lagi tips yang saya rasa nak kongsi tapi rasanya cukup sampai di sini, nanti tips lain akan menyusul di  post yang akan datang. Jika ada kekurangan atau penambahan dalam post ini, jangan malu jangan segan, silalah komen k.

C ya

Salam

7 comments:

  1. kalau dulu masa bujang (macam lah aku dah kawin).. duit semua bawak p tgok wayang, makan2..beli itu ini.. bila dah jd tunang org.. nak kuarkan seposen pun dah lokek.. bukan lokek tp nak berjimat untuk masa depan anak2..hehe

    ReplyDelete
  2. betul tu..simpanan itu penting..xpa kalau berat sikit nak keluarkan dompet..susah2 dahulu, senang2 kemudian..hehe

    ReplyDelete
  3. http://myfirstnight-toshare.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. yup.. simpanan ni bukan nak menyimpan saja2..

    duit simpanan penting untuk masa2 kritikal yg kita x tau bila..
    duit simpanan pun leh diguna untuk kemudian hari utk beli benda2 yg dari kecil memg nak beli .hahah..
    banyak sangat faedah menyimpan duit sebenarnya.. semoga kita x tergolong dlm golongan yg kuat membazir

    ReplyDelete
  5. em..camne nak bukak akaun asb tu ye?agak2 brape jumlah minimum boleh simpan dalam asb?

    ReplyDelete
  6. bukak akaun ASB ble kat Maybank atau pejabat pos yang berdekatan..

    ReplyDelete
  7. Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang kuat membazir..Amin...

    ReplyDelete