Yeah...

Salam kepada semua, dah berapa hari tidak update. Beberapa hari ni taklah busy sangat cuma sengaja mem busy kan diri, hehehe. Masih ingatkah tentang entry cicak hari tu? yeah, boring sometimes huh? *cicak harga puluhan ribu*. Yeah, setelah meneliti pasaran cicak ini, saya telah mendapati bahawa pasaran di Malaysia memang agak luas, tapi kurang berbanding pasaran di Indonesia. Bayangkan kalau satu ekor cicak berharga erm...ambil paling murah la ok, RM5000 bagi beratnya 350gram, tapi di Indonesia, 350gram boleh mencecah hingga RM40k.

Saya sendiri tak pasti harga pasaran sebenar di Malaysia sebab harga bagi binatang ini amatlah berbeza-beza. Ada tauke ambil mahal, ada tauke ambil murah, ada tauke amatlah cerewet. "Memanglah, bisnes ma, u tamau jual u punya *tekek* manyak olang lagi lo". Saya pun mula start bergiat dalam bisnes ni, pasaran memang da ada cuma tekek lambat lagi membesar,huhuhu. Takpa takpa, misi mencari  yang besar masih lagi diteruskan, that's why lama saya menghilangkan diri. Ehem.

Cara menangkap tekek memang senang, tapi amatlah susah bagi beginner macam saya. Cara yang my taiko bagi adalah dengan menggunakan tembakau yang diletak pada hujung kayu dan bagi tekek tu gigit. Tekek tu akan jadi mabuk dan terus landing jatuh kedebuk. Adui. Secara teori memanglah senang ek? kalau difikirkan secara teknikal, kalau tekek tu di atas dinding tinggi atau atas pokok yang tinggi sudah semsetinya perlu ada alternatif lain kan. Perjalanan mencari binatang mahal ni berlanjutan ke satu kampung terpencil di kawasan bakau.

Salah satu tempat kegemaran tekek


Di rumah pakcik otai banyak tekek-tapi tekek dia tinggiiiiiii atas rumah, abis rumah kena panjat, panjat pun bukannya senang, rumah takda siling dan banyak hidout, memang susah nak tangkap.


Inilah tempat yang tiada tekek


"Team Tekek" sedang membuat analisis rumah kosong



Tekek biasanya akan keluar pada waktu malam, tu yang best, sebab tidaklah seberapa penat kalau berlari sana sini menangkap tekek. Penat lelah memanglah tidak dapat dibandingkan dengan pulangan lumayan sumbangan kepada dunia perubatan. Cewah, padahal dulu geli cicak. Tangkapan pada hari tersebut tidak banyak atas sebab yang tidak diketahui.

Dialog dengan pakcik otai,

Pakcik otai  :  Kamu cari tekek?? Hari-hari saya kasi mati satu ekor tekek, bikin semak saja dia punya s@#t.

Team tekek  :  Ya kan? apa kata kalau kami tangkap pakcik, sebab kami mau buat ubat ba tu, 

Pakcik otai  : Lagi saya suka kalau ada yang menangkap tekek. Hari tu begini (sambil menyusun 5 jari) besar dia saya jumpa terus saya pukul kasi mati.

Team tekek  :  *Berbisik sesama sendiri* Berapa puluh ribu ringgit sudah pakcik ni kasi sia-sia aaa??? *Masih berbisik* Ntahlah, sayangnyaaaa.... duit untuk perubatan ba tu.

Pakcik otai mengizinkan kami cekedout rumahnya untuk mencari tekek, ternyata cuma beberapa ekor sahaja ditemui. Kesian juga pakcik ni. Sebelum kami keluar dari tempat itu pakcik otai sekali lagi cakap : "kalau ada yang besar-besar nanti saya tangkap, saya telepon saja kamu". Kira macam agen la juga, kalau laku, bolehlah baiki rumah pakcik yang telah kami nodai dengan bunyi bising menangkap teke+ada papan yang patah, ehem.

Kalau dapat jual satu tekek nak buat contest lah...

C ya all..

4 comments:

  1. buat kajian untuk ubat HIV & H1N1

    ReplyDelete
  2. sorry ... lu eisenhour ke?
    lu tuka url blog ke?
    ader anon masok blog wa tanya sal ur new add.


    >>___<<

    ReplyDelete
  3. weyh frodo..asal ko wt kecoh smpai blog org nih..aku stay rumah aku ler...karang ngamuk cik snipper nih.haha..anon?sape tu?

    tekek kaa?mai2 eisen nyer bilik...haha

    ReplyDelete