Workstation yang hyper mahal, berbaloikah?

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu workstation yang memang top la juga. Workstation ini bernama "Emperor" keluaran NovelQuest. Fuhh!! itulah perkataan pertama selepas saya melihat W/S(workstation) ini. Kalau nak dibandingkan dengan yang saya sedia ada memang tidak dinafikan bagai langit dengan bumi. Dah la meja PC tak tersusun, disanalah segalanya termasuk kertas-kertas assignment + majalah + wayar berserabut. Apa yang menarik dengan W/S ini adalah menggabungkan semua aplikasi dalam satu gadget. Tengok gambar untuk lebih kepuasan mata memandang.





Amacam? ok tak? Emperor ni ada dua model
- Emperor 1510
- Emperor 200



*Emperor 1510*


Harga USD 4,950 sekitar RM16,955.

*Emperor 200*

Harga USD 40,000 sekitar RM137,012

Spesifikasi benda ni memang banyak, so kalau mau tau lebih lanjut klik sini. Yang saya tahu W/S ini ada PS3 sekali tapi tak tahu dorang letak kat mana. Kalau diikutkanlah, dengan duit begitu macam mana rupa W/S yang kamu dapat buat? Mestilah lebih mantap kan? dengan kerusi urut Ogawa + skrin 40 inci + PS 3 + Xbox + Streamyx paling laju + apa jer yang korang boleh fikirkan. Fulamak! ber blog pun happy always. Apa-apa pun ini untuk dikongsi bersama, sila komen atau tambah maklumat kalau ada ok..

C ya

Source