Tengah Cari idea



Tengah best layan video drift kat youtube teringin pulak nak menaip. Benda yang pertamanya saya akan buat before menaip ni adalah buka Geng Blogger. Komuniti blogger paling best. Kredit +10!!. Biasanya saya akan view post-post yang saya berminat. Bagi saya, kalau saya lihat sesuatu yang berkaitan dengan $$$$ saya akan lebih terdorong untuk klik. Napa ek? Bukan sebab saya mata duitan tetapi keinginan untuk buat bisnes yang best + dapat income lebih kan. Yang penting benda tu kita minat kan.


Oh ya, saya ada apply untuk domain free co.cc. Testing try cuba dulu domain ni untuk blog saya yang lain kalau best mungkin saya akan pakai untuk blog ni pula. Domain-domain hosting ni saya memang tak tahu satu benda pun, cuma tengok dari blog-blog otai yang memang rekemen blogger untuk pakai domain sendiri supaya nampak lebih profesional. Tu lah baru nak discover perlahan-lahan. 

Wah, menaip merapu-rapu tiba dapat idea benda yang nak dikongsi. Idea tengah datang ni. Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang artikel yang saya baru baca kemarin tentang facebook. Saya jarang-jarang da update facebook. Lepas kenal blog jarang dah sentuh facebook sebab dulu addicted main mafia wars,hehehe. Zup! Zup! direct to the story.

Tajuk entry ini sesuai dengan nama "What will happen if you have facebook". 

Cerita pertama

Seorang wanita telah mendapati gambar krismas keluarganya telah di"curi" dan dijadikan banner oleh satu kedai di Czech Republik. Pemilik restoran tu mengambil gambar keluarga tu secara rambang dari internet dan tidak tahu tentang itu merupakan gambar peribadi. Siapa yang ada facebook tu hati-hati la owh, sebab manatau korang punya gambar jadi banner kat negara lain (famous gak sket ). Source

Cerita Kedua


Pernah ka kamu dengar facebooker tegar? Kaki facebook yang every minute update facebook? Mesti pernah kan. Yang cerita ini pula tentang pasangan yang "tengah" berkahwin. Sempat update facebook dan twitter serta tukar status kepada "married". Adoi, ini barulah fecebooker namanya, jangan pula ada yang tiru benda begini. Nanti ada yang masa akad nikah sebelah tangan pegang blackberry update facebook. Tunggulah lepas habis majlis update lah apa yang kamu mau. Source


Cerita Ketiga


Seorang remaja terlepas dari tuduhan merompak gara-gara postnya di facebook. Namun siasatan masih lagi diteruskan dan facebook digunakan sebagai bukti sementara. Ada-ada saja dorang ni ek.  Source


Cerita Keempat



Dua orang budak yang terperangkap dalam banjir telah meminta bantuan dari facebook. Dua orang budak yang berumur 10 dan 12 tahun itu update status facebook yang mengatakan mereka tersesat ketika banjir besar di sana. Nasib baik ada satu orang yang tengah online masa tu dan mereka sempat diselamatkan. Ni lagi facebooker tegar. Budak ni update facebook guna "handphone" untuk minta tolong. Tidakkah bengong tu? kan lagi senang kalau call jer terus minta tolong. Source


Cerita kelima


Seorang wanita dibunuh oleh suaminya gara-gara menukar status menjadi single di facebook. Apa kes ni sampai bunuh-bunuh ni. Kalau dia single di facebook bunuh je lah dari kat facebook. Bahaya-bahaya. Apa-apa pun kepada facebooker, janganlah bagi 100% data sebenar di dalam facebook. Macam-macam boleh berlaku. Kalau dah ada alamat penuh, gambar rumah, no telefon, tempat kerja dan maklumat peribadi yang lain, mana tak penjenayah-penjenayah tersenyum girang. Eh, korang ingat penjenayah tiada facebook ke? Source

C ya



4 comments:

  1. errr nak komen pasal drift leh x??

    DRIFTING best wooooooo~~~ HAHAHAHA

    suka sangat tngok dorang drift, mmg skill tinggi la sesape yg taw buat drifting dgn baik..

    Pernah tngok tak the making of keta ken block,keta subaru dia tu..bnyk part yg dh tukar kpada part carbon...huiissshhh..enjin gelegak jer bunyi..haha

    ReplyDelete
  2. nak wt incOme??
    PERFECT SLIM ~ PELEKAT KAKI DARI KOREA.. BERFUNGSI MEMBUANG TOKSIN DALAM BADAN SERTA PENGHAPUSAN LEMAK YANG BERKESAN.. SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN.. MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI 0142120708 ATAU http://p3perak.blogspot.com


    >>tumpang lalu, wt iklan jab..
    hehehe

    ReplyDelete
  3. jom jana income dengan twitter, dpt dalam USD!

    ReplyDelete
  4. Woah! I'm really loving the template/theme of this blog. It's simple, yet effective.

    A lot of times it's hard to get that "perfect balance" between superb usability and visual appeal. I must say that you've done a excellent job with this.

    Additionally, the blog loads super fast for me on Safari.
    Exceptional Blog!
    my web page :: Microsoft Surface pros and cons

    ReplyDelete