Tips melajukan kereta tanpa modal

Salam to all,
Tips kali ini adalah berkenaan bagaimana untuk melajukan kereta tanpa sebarang modal dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.



Apa yang penting dalam melajukan kereta FREE??

- Enjin yang power? duit
- Turbo?? duit
- Body aero dynamik?? duit
- Ringankan kereta?? tanpa modal..



Tips meringankan kereta ini memang menjadi salah satu aspek yang penting dalam melajukan kereta

Bagaimana meringankan kereta??
- Buang segala-galanya yang tidak diperlukan seperti spare tayar..jack kereta..semua seat pemandu..bonet depan dan belakang..

-Bersihkan kereta luar dan dalam..habuk dan tanah pun boleh memberatkan kereta..

Modifikasi badan kereta
Potong bumbung. bonet.pintu. buka bumper depan belakang..
-Modifikasi ini memerlukan peralatan dan dilakukan oleh pakar. kalau nak free pakai gergaji pun boleh 

Rajinkan pam tayar
Walaupun nampak macam remeh..tapi tekanan tayar yang cukup boleh meringankan kereta dan menjadikan kereta rasa lebih laju. yang paling penting..pam tayar kan free.


Buka air filter atau pendekkan dengan membuka extension yang panjang berjela.
Kalau dah udara dari air filter masuk cantik. pastikan pengeluaran dari ekzos pun cantik. Untuk free potong ekzos standard anda. dan potong lagi paip sampai ke tengah body..biar ekzos anda pendek. selain dari perubahan dari segi kelajuan anda akan dapat bunyi ekzos yang menawan..

Rendahkan kereta.


Ini juga boleh dilakukan sendiri. Anda boleh gergaji sahaja spring anda untuk mendapatkan kerendahan yang maksimum.. Selain kereta anda menjadi laju, handling kereta pun menjadi lebih mantap


Setting/tune karburator. 
Ini boleh dilakukan sendiri dengan belajar di internet. kalau tak dapat juga..dan nak free..pi berkawan dengam team kereta racing..lepas berkawan selama 2 bulan anda akan kenal tukang setting mereka..dari situ anda bolehlah meminta tolong setting kereta anda secara free..

Inilah antara tips yang simple tapi berkesan untuk melajukan kereta.. tips terakhir..kalau semua di atas tak berjaya.. pinjam jer enjin turbo kawan anda dan semua performance part yang dia ada..kompom kereta anda akan laju tanpa mengeluarkan modal..free beb..

No comments:

Post a Comment