Tips Jimat Hujung Bulan Tua

Tips untuk menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan hujung bulan.


Tips ini adalah hasil dari perkara sebenar nukilan dari kesempitan poket pada setiap pertengahan bulan tua.

Kita semua tahu perbelanjaan yang paling besar adalah minyak petrol/diesel yang digunakan untuk mencari rezeki setiap hari. Bagaimana untuk menjimatkan petrol?

A   :   Bro, apesal asal aku tumpang kereta ko mesti minyak ko takat E jer? ko tak isi minyak ke ni?

B   :   Banyak lagi tu, boleh lagi round2 KK. Gua isi minyak kalau perlu jer bro. Gua dah set dah setiap tempat berapa minyak nak kena isi.

A   :    Pergh....


Kelebihan isi minyak sikit?


  • Kalau kita naik kereta nampak minyak siket kompom aircond tak pasang punya. 
  • Kekerapan untuk merayau-rayau berkurangan
  • Kalau member pinjam kereta and then nampak minyak takat E mungkin ada dua kemungkinan A. Anda akan dapat minyak free B. Member bagi balik kunci
  • Kereta jadi ringan kalau naik bukit.
  • Bila minyak sikit, kekerapan untuk menekan pedal minyak secara melulu berkurangan. 
  • Pemandu agressif akan secara automatik menjadi pemandu berhemah.
  • Semakin lama anda mengamalkannya semakin anda tahu cara pemanduan yang menjimatkan minyak.
  • Meningkatkan teknik anda untuk mengelakkan jam
  • Menambahkan keyakinan diri untuk sampai ke destinasi seterusnya dengan keadaan minyak yang sikit
  • Menghafal setiap stesen minyak yang terdekat

 Testimoni Pengamal minyak sikit  :


  1. Jack(bukan nama sebenar) ; Dulu sebelum saya mengamalkan teknik ini, saya sering menghadapi masalah dalam perbelanjaan minyak sebulan. Tapi selepas saya menggunakan teknik isi minyak sikit kehidupan saya lebih bahagia dengan lebihan duit rm50 dalam dompet.
  1. Bobi(sikit lagi nama sebenar) ; Teknik isi minyak sikit amat berkesan. Saya memandu Mitsubishi EVO 7 dan sering membawa laju di mana-mana sahaja. Selepas mengamalkan teknik ini, saya memandu dengan lebih perlahan dan saya jimat lebih dari separuh tangki minyak sebulan!!.

AMARAN!!
Jangan lupa untuk mencatit setiap kereta tarik di kawasan anda untuk mengelakkan kereta anda tersadai di tepi jalan.


SEKIAN

No comments:

Post a Comment