Salam to all. Kembali ber blog setelah celcom 5GB bandwith kembali. Tetapi yang pastinya, 5GB tu tak akan sampai 3 hari pun, pastu internet speed jadi semput. Banyak benda + widget yang sudah saya buang kerana berkemungkinan mengganggu page load. Zaman ni macam-macam karenah orang, beberapa hari lepas berunding dengan seorang broker yang kureng pengetahuan.

Sungguh ku tak mampu menahan rindu (kamu sambung la sendiri)

Salam kepada semua, cukup cukup lama saya tak meng update blog. Ibaratkan megi yang sudah kembang (bak kata Alex raja lawak). Wah! Wah! banyak cerita baru dari blogger sekalian, kalau mau baca semuanya memang 7 hari 7 malam pun tak habis. Masa yang ada untuk meng update pun cuma pada waktu malam sebab siang membusy kan diri, hahaha. Satu lagi problem, bila masa buka blog nak update, speed internet, fullamakkk, macam siput. Tu yang terjadinya simptom boring yang amat sangat. Dah la penat, bagus landing atas katil jer la bro.



Ka Ching!!! $$$$$ Dalam masa terdekat ni, saya bakal bertukar profesyen kepada tauke la pula, yeah! InsyaAllah, kalau tiada aral melintang. Tauke yang dimaksudkan adalah bos car wash, dapat cuci kereta free la hari-hari. Dianggarkan dalam bulan 6 ini saya akan membuka car wash secara rasminya. Atlast, dapatlah update blog hari-hari. Memang sudah lama mau buka bisnes berkaitan dengan kereta tapi blue print belum lengkap loan belum lulus, hehehe. Dulu masa sekolah menengah planning nak buat workshop bodykit dan cat kereta. Mungkin akan dilaksanakan selepas berjayanya car wash ini. Amin.

The best thing about jadi tauke adalah korang tak perlu ada spesifik kepakaran dalam sesuatu bidang, tapi mesti tau serba sedikit la, karang terkena kelentong, bos juga yang susah. Sebagai contoh, syarikat perumahan di sabah ini seperti syarikat "A" jadi jutawan sebab mempunyai banyak perumahan dan memang sangat laku sebab tempat strategik. Tapi yang pastinya, adakah bos itu sendiri tahu buat rumah? ada yang jawab ya, dan ada yang jawab tidak. Dalam perniagaan, kalau kita mahu buat sesuatu perniagaan, kita upah orang yang pakar dalam bidang tersebut. Upah engineer, upah tukang, upah pekerja. And then, walaupun kita tidak tahu apa-apa tentang buat rumah, tetap akan jadi tauke perumahan yang berjaya. psssstt- ini kawan saya yang cakap ok

9/10 rezeki itu daripada perniagaan. Kalau kita ikhlas dan jujur, perniagaan pasti maju. Majulah bisnes untuk negara.

Salam

C ya

10 tanda kamu seorang penagih

Salam to all. Sebagaimana yang saya pernah bagitau saya sudah start satu lagi perniagan baru iaitu menternak cicak. Namun ia tidak memberi kesan kepada saya untuk terus terus berblogging. Masa terluang yang ada sedikit pada setiap hari itulah masa paling berharga untuk berblog. Idea?? Hentam jer lah, yang penting berinformasi dan membuka minda.

Yeah...

Salam kepada semua, dah berapa hari tidak update. Beberapa hari ni taklah busy sangat cuma sengaja mem busy kan diri, hehehe. Masih ingatkah tentang entry cicak hari tu? yeah, boring sometimes huh? *cicak harga puluhan ribu*. Yeah, setelah meneliti pasaran cicak ini, saya telah mendapati bahawa pasaran di Malaysia memang agak luas, tapi kurang berbanding pasaran di Indonesia. Bayangkan kalau satu ekor cicak berharga erm...ambil paling murah la ok, RM5000 bagi beratnya 350gram, tapi di Indonesia, 350gram boleh mencecah hingga RM40k.