Sungguh ku tak mampu menahan rindu (kamu sambung la sendiri)

Salam kepada semua, cukup cukup lama saya tak meng update blog. Ibaratkan megi yang sudah kembang (bak kata Alex raja lawak). Wah! Wah! banyak cerita baru dari blogger sekalian, kalau mau baca semuanya memang 7 hari 7 malam pun tak habis. Masa yang ada untuk meng update pun cuma pada waktu malam sebab siang membusy kan diri, hahaha. Satu lagi problem, bila masa buka blog nak update, speed internet, fullamakkk, macam siput. Tu yang terjadinya simptom boring yang amat sangat. Dah la penat, bagus landing atas katil jer la bro.



Ka Ching!!! $$$$$ Dalam masa terdekat ni, saya bakal bertukar profesyen kepada tauke la pula, yeah! InsyaAllah, kalau tiada aral melintang. Tauke yang dimaksudkan adalah bos car wash, dapat cuci kereta free la hari-hari. Dianggarkan dalam bulan 6 ini saya akan membuka car wash secara rasminya. Atlast, dapatlah update blog hari-hari. Memang sudah lama mau buka bisnes berkaitan dengan kereta tapi blue print belum lengkap loan belum lulus, hehehe. Dulu masa sekolah menengah planning nak buat workshop bodykit dan cat kereta. Mungkin akan dilaksanakan selepas berjayanya car wash ini. Amin.

The best thing about jadi tauke adalah korang tak perlu ada spesifik kepakaran dalam sesuatu bidang, tapi mesti tau serba sedikit la, karang terkena kelentong, bos juga yang susah. Sebagai contoh, syarikat perumahan di sabah ini seperti syarikat "A" jadi jutawan sebab mempunyai banyak perumahan dan memang sangat laku sebab tempat strategik. Tapi yang pastinya, adakah bos itu sendiri tahu buat rumah? ada yang jawab ya, dan ada yang jawab tidak. Dalam perniagaan, kalau kita mahu buat sesuatu perniagaan, kita upah orang yang pakar dalam bidang tersebut. Upah engineer, upah tukang, upah pekerja. And then, walaupun kita tidak tahu apa-apa tentang buat rumah, tetap akan jadi tauke perumahan yang berjaya. psssstt- ini kawan saya yang cakap ok

9/10 rezeki itu daripada perniagaan. Kalau kita ikhlas dan jujur, perniagaan pasti maju. Majulah bisnes untuk negara.

Salam

C ya

4 comments:

  1. hehe..btl2...eisen pon nk berniaga.tp tgh berfikir nk niaga ap ye?

    ReplyDelete
  2. mungkin eins boleh start dengan perniagaan kecil-kecilan atau perniagaan berdasarkan kemahiran yang eins terer..

    ReplyDelete
  3. waaa....buli cuci keta pat kamu la neh kan fiq...cas kwn2 pny...haha...YA MAJULAH BISNIS UTK NEGARA..

    ReplyDelete
  4. boleh, xda masalah..tapi tahun depan la az..hehe,

    ReplyDelete