Salam to all. Kembali ber blog setelah celcom 5GB bandwith kembali. Tetapi yang pastinya, 5GB tu tak akan sampai 3 hari pun, pastu internet speed jadi semput. Banyak benda + widget yang sudah saya buang kerana berkemungkinan mengganggu page load. Zaman ni macam-macam karenah orang, beberapa hari lepas berunding dengan seorang broker yang kureng pengetahuan.


Amacam boleh jadi broker kalau kurang berpengetahuan ek? Ni la masalah ni kalau jadi orang tengah, untung nak lebih-lebih. Urusan perniagaan yang senang dan maklumat yang terang dan jelas dia bagi panjang berjela. Bagus kalau maklumat betul, rupa-rupanya dia ni entah level keberapa dah jadi broker, di atas ada lagi broker. Best apa jadi broker, saya sendiri pun masih menjadi orang tengah part time. Tapi transaksisi kecil-kecil jer under 100k. Lebih mudah saya panggil broker ni agen untuk sesuatu perniagaan yang di beri komisen bergantung dengan penjual sebenar la.

Kalau korang nak jadi orang tengah HARUSLAH, mentelaah maklumat yang di beri oleh penjual anda. Jangan main hentam jer cari pembeli. Saya sendiri pun tidak hebat dalam mencari customer, tapi apa yang saya tahu, make it natural as possible. Oppss.. broker bukan agen MLM ok, agen MLM merupakan distributor kepada produk syarikat dan mendapat komisen dari marketing plan yang syarikat sediakan. Saya pun MLM gak ok.

Broker ada banyak cabang. Boleh dikatakan semua benda boleh ada broker. Menjual tanah, kereta, barang kemas, haiwan ternakan dan promosi-promosi perniagaan yang lain. Yang best jadi broker adalah, kita adalah seperti pembeli dan juga penjual. Kemahiran?? modal air liur pun sudah boleh. Secara sedar atau tidak, kita sudah menjadi broker. Bagaimana?? korang beli kereta jenama A, dan rekomen member yang kereta tu best, jimat minyak, laju dan bla bla bla. Berkemungkinan besar, member tu tadi akan membeli jenama A SEKIRANYA dia berhajat ingin membeli kereta. Kan modal air liur jer, cuma secara tidak langsung dan tiada komisen la. hehe


Apa-apa pun, kalau nak jadi broker atau berniaga, haruslah jujur InsyaAllah, rezeki akan datan mencurah. Sabar dan tidak putus asa dalam apa jua bidang merupakan satu punca kejayaan. Bagi saya perjalanan masih jauh rasanya.

SALAM,

C ya.

2 comments:

  1. hahaha..
    gmbr 2 mcm knl..

    itu adalah anda..yeahhaa!!
    mst tkt kna rampok..hehe..

    ciao husband ku terchenta~

    ReplyDelete