10 tanda kamu seorang penagih

Salam to all. Sebagaimana yang saya pernah bagitau saya sudah start satu lagi perniagan baru iaitu menternak cicak. Namun ia tidak memberi kesan kepada saya untuk terus terus berblogging. Masa terluang yang ada sedikit pada setiap hari itulah masa paling berharga untuk berblog. Idea?? Hentam jer lah, yang penting berinformasi dan membuka minda.


Teringat pula kisah masa zaman dulu-dulu, komputer tak pernah tutup sebab rajin mendownload, surfing, chatting, earning, buying dan sebagainyalah. Dan gejala inilah yang akan menjadi ketagihan yang saya panggil sendiri "Penagih Jaringan" . Penagih ini bukannya menagih benda-benda yang negatif, tetapi ketagih dengan internet. Mungkin ada diantara pembaca yang juga mempunyai simptom-simptom penyakit ini? mari kita cekedout!!! :

Tanda-tanda "Penagih Jaringan"

1- Bookmark kamu tak payah la nak cerita, kalau nak scroll dari atas sampai bawah mungkin makan masa lebih kurang 10 minit.

2- Memang tak boleh kalau tak update facebook, walaupun tengah makan megi sudah kembang.

3- Marah dan tidak puas hati sampai nak hempas keyboard jika line internet slow tahap gaban.

4- Bagi yang kaki game online, contohnya D.O.T.A, sanggup tahan kencing ketika sedang bermain dan hanya ke tandas apabila habis game.

5- Mata kamu akan lebih fokus kepada perkataan "www" jika telihat dimana-mana seperti di TV, banner, kereta, dan terus akan surf web tersebut bila ada masa.

6- Sentiasa log in YM (Yahoo messenger) walaupun tiada yang onling, tunggu awek buzz la tu.

7- Meja komputer sentiasa ada cawan minuman / mangkuk megi beserta sudu/ kulit keropok dan plastik buang sampah.

8- Eh, macam dah lama aku tak pegang remote astro.

9- Bahagian belakang badan selalu sakit

10- Tanda yang terakhir simptom ini adalah kamu membaca entry ini, hehehehe

5 comments:

  1. dah agak dah mesti libatkan internet ni
    huhu

    ReplyDelete
  2. utk nombor 9 kenapa frasa itu yg ditebalkan?

    haha...

    apa2pun agak terasa dgn senarai ni. ngee...

    ReplyDelete
  3. Waa Afiq, ko blogging juga? Nice ^_^

    ReplyDelete
  4. tanda2 yang mendatang otak tidak mampu berfikir sebab semua harap tersedia di screen. kedua, kedai buku tidak lama tutup. ketiga, mata rabun keempat, pinggan kaku dan pistol lelaki jadi pistol angin saja hehehe.

    ReplyDelete