Lesu tidak bermaya selepas..............


Saya pun tak tahu kenapa lesu + tidak bermaya + macam nak demam. Maybe sebab terlampau banyak makan limau atau stay up main game. Kalau bab game lah, adui...memanglah susah nak pisahkan dengan saya. Saya blogging pakai laptop & main game guna PC. Kalau ada masa mungkin saya akan upload gambar workstation saya yang berhambur sana sini.



Beberapa hari ini jalan raya memang sesak sangat-sangatZZ. Kalau kereta yang gear "Auto" mungkin tiada masalah, tapi kalau kereta buruk macam saya punya ni, dengan clutch yang keras + Air cond kejap ada kejap takda, kes berat kalau tersesak di jalan raya yang panas menghijau tu. Mungkin stress begitu juga menyumbang kepada keletihan dan kelesuan saya ni.



Di samping itu(macam karangan pula hehehe), assignment satu pun belum dibuat. Hari ini mungkin start buat perlahan-lahan. Kalau assignment pengiraan mungkin boleh dimaafkan, tapi kalau dah terpaksa buat essei yang panjang berjela tu yang jadi lemah. Kalaulah boleh buat assignment macam blogging kan best. Huhuhu, tak pasal-pasal markah jadi telor.


Telan 1 biji panadol ActiFast sebab mula start pening-pening tengok skrin laptop. I hope I'll be well soon so I can visit my blogger friends.

C ya






4 comments:

  1. Haha :D Mungkin terlalu banyak liamu lar tu. Moga-moga anda cepat sembuh. :D

    ReplyDelete
  2. ya, nasib tak "chair red bear red"

    ReplyDelete