(Video) Lee Chong Wei Vs Lin Dan Semi Final

Lee Chong Wei vs Lin Dan memang adalah perlawanan yang tidak asing lagi di dalam dunia Badminton. Setiap kali dua pejuang ini bertemu mereka akan memberikan yang terbaik dan melakukan permainan yang di luar jangkaan.

Dalam perlawanan separuh akhir Lee Chong Wei bertemu dengan Lin Dan sekali lagi dan perlawanan sengit mereka bagaikan perlawanan akhir. Pada set pertama Lin Dan menang dengan 15 - 21. Pada Set kedua Chong Wei menyamakan kedudukan dengan 21 - 11.

Pada set yang terakhir Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan dengan 22 - 20 yang seterusnya membawa Malaysia ke Final Olympic Badminton 2016 yang akan bertemu dengan Chen Long.




video

No comments:

Post a Comment