Ft Island Vs Train

Salam to all dari



Blog ini jarang di update kerana banyak berkecimpung dalam bidang internet yang lain, belajar-belajar cari duit. Masih lagi terkapai-kapai untuk mencari pendapatan sampingan untuk menampung isi minyak motor. Kalau tiada duit sampingan tiap pertengahan bulan mana boleh survive owh. Ok lah. berbalik kepada tajuk post.

Entri kali ini pasal dua buah lagu yang saya rasa style dan melodi hampir sama tapi berbeza.

Lagu pertama :

50 Ways To Say Goodbye - Train

Pada permulaan lagu ini sama seperti lagu Phantom Of the Opera (Search Google). Lebih menarik lagi adalah intro dengan gitar yang ala-ala filem Desperado (lakonan Antonio Banderas). Feel pendengar berubah setelah mendengar korus lagu ini. Dari Desperado terus ke rock.

Lagu Kedua

 FT Island - I Wish

K-Pop lah pula. Ft Island sentiasa tampil dengan lagu ber genre rock ballad dan pop. Lagu I Wish ini pula konsepnya hampir sama dengan lagu Train tadi. Intro dengan petikan gitar ber scale kan harmonic minor. Korus lagu ini juga menarik kerana genre korus jauh berbeza berbanding verse lagu. Part korus kedua-dua lagu ini melodinya hampir sama terutama pada bahagian:

FT Island             Train                      
Lonely, Lonely      Help me, Help Me 

Cuba Korang: -
1. Mainkan intro lagu Train dan masuk lagu Ft Island.
2. Mainkan intro lagu Ft Islan dan masuk lagu Train


Amacam? ada lebih kurang sama? Adakah ini genre music sekarang? 
 Yang penting kedua-dua lagu memang the best. Komen anda? 

Sekadar Perkongsian dari

1 comment: