Fakta menarik mesti korang tahu pasal FIFA



Gol yang pertama
Gol yang pertama dijaringkan di Uruguay pada tahun 1930(Dah memang first World Cup kat sana). Ramai yang percaya, Bart McGee dari Amerika yang telah menjaringkan gol pertama untuk World Cup ketika menentang Belgium pada minit ke40. Namun jaringan itu dipertikaikan, dan FIFA confirm kan “Gol yang pertama” adalah dari Frenchman Lucien Laurent pada minit ke 19 menentang Mexico pada 13 Julai 1930. Ni kira cam perasmian gol World Cup la ni, untuk tahun 2010 pula siapa ek yang jaringkan FIRST GOL!! (sila sebut macam First Blood dalam game DOTA.)

Kad Merah yang pertama
Kad merah dan kad kuning belum diperkenalkan sehingga World Cup 1970. Pemain yang pertama menerima kad merah adalah Chile's Carlo Caszely in 1974 dalam perlawanan menentang German Barat pada minit ke 67.

Pemain Paling Muda
Pemain paling muda yang bermain di perlawanan World Cup adalah Norman Whiteside dari “Northern Ireland's” ketika bertemu dengan Yugoslavia pada tahun 1982. Umur pemain ni? 17 Tahun 41 hari. Baru lepas SPM agaknya.

Penonton Paling Ramai
Penonton paling ramai untuk “satu” match adalah pada final 1950 dengan kehadiran sebanyak 199,854 yang menyaksikan perlawanan antara Brazil dan Uruguay di Rio de Janeiro, Brazil. Tapi kalau nak diikutkan, penonton/penyokong satu dunia memang tak terkira. Bagi yang menonton World Cup di rumah atau pun di restoran/warung semua tetap dengan satu semangat, BOLA, BOLA. Dan taukey kedai makan pun akan tersenyum lebar disebabkan kehadiran World Cup

Top Scoring Team
Hungary mencatat 27 Gol dalam World Cup 1954. Hungary sampai ke peringkat akhir pada tahun itu tetapi kalah kepada West Germany 3-2.
Penyingkiran pusingan pertama berturut-turut
Scotland memegang rekod dengan lapan kali: 1954, 1958, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1998.

Marilah kita meriahkan sorakkan GOAALL pertama!
hehe

C ya

Salam

Link

1 comment:

  1. Hello, I think your website might be having browser compatibility issues.
    When I look at your blog in Chrome, it looks fine but when opening in Internet Explorer,
    it has some overlapping. I just wanted to give you a quick
    heads up! Other then that, amazing blog!
    My blog Microsoft Surface vs ipad

    ReplyDelete