Fanatik Ninja Tahap Hokage


Salam cuti rehat kepada semua, post hari ni ada taip-taip sikit. Lama dah tak menaip (padahal setiap hari). Malam sabtu memang masa yang paling best untuk post entry. Saya bukanlah rajin update sebab tiada masa yang secukupnya untuk mencari idea dan meng"google" kan diri.Kadang-kadang hujung minggu ni lah menjelajah idea baru dan website yang best.

Hah! hah! Apa kena dengan tajuk pasal ninja la pulak ni? buang tebiat! takda lah, cuma mau share satu laman web yang saya jumpa sedang terkapar-kapar di lautan internet ni. Korang kenal ninja? Kalau sebut saja ninja mesti teringat Naruto. Ada juga yang mungkin teringat Ninja Assassin ataupun Ninja Turtle kan. Tapi apa yang saya ingin kongsi sini merupakan The Real Ninja Fanatik. Apa yang dimaksudkan dengan fanatik ninja ni? adakah dia pandai menggunakan "chakra" dan menghasilkan "jutsu" ninja?

No! No! Ni berkenaan dengan seseorang yang fanatik ninja sampaikan statement yang dia buat pun memang dasyat lah. korang tengok nih..

Hi, this site is all about ninjas , REAL NINJAS.  This site is awesome. My name is Robert and I can't stop thinking about ninjas. These guys are cool; and by cool, I mean totally sweet. 

Amik nah, statement yang fanatik tentang kehebatan ninja. Bak kata orang ninja sejati lah, tapi sejati dia bab minat jer lah. Yang ni pula apa yang dikatakan "Fakta tentang Ninja" yang dia minat nih. (transalate BM ek)

Fakta :
1. Ninja adalah mamalia
2. Ninja gaduh setiap masa
3. Tujuan ninja adalah untuk buat "back flip" dan bunuh orang

Ni pula Testimoni Ninja la, amik prtscrn lak :

klik untuk pembesaran.

Pasal tu lah post ni namanya Fanatik Ninja ek..
Kalau korang nak lawat ninja tu boleh gak klik sini

Jumpa lagi di next post.

Mesti Tengok! Ada apa dalam "Vending Machine"

Korang semua tahu kan apa tu "Vending Machine"? Mesin yang korang masuk duit and then keluar air tin tu. Penerangan secara simple lah. Yang ni ada banyak jenis machine yang menarik yang boleh saya kongsikan untuk tatapan umum dari umur 3-18 tahun. Apa-apa pun, enjoy your holiday tommorrow.










Semua gambar di atas merupakan idea yang kreatif, tiada kaitan dengan orang kat dalam mesin tu ok..

Salam
C ya

Lawak! Video Silap Mata Jepun

Jalan-jalan di web terjumpa video silap mata lawak dari dua pelawak jepun ni.. memang lawak!




Video Credit Dari 1tube.my

Kami Kawan Baik, Tak boleh makan kawan

Jangan salah faham, kami dah jadi kawan
Jangankan makanan, lawan pun jadi kawan

Ketinggian bukan penghalang

Walaupun berbeza bangsa,

Dan juga budaya

Walaupun dari atas pokok
Walaupun kawan dah terbang tinggi

Tetap boleh duduk sekaki

Tak apa, kita kan kawan
The End....

Ular Paling Lapar Di dunia

Salam, hari ni topik mengenai ular. Semua memang tahu ular ni jenis yang pelahap tahap gaban. Apa saja dorang boleh telan. Jangankan manusia, semua jenis binatang pun, asal dorang rasa-rasa boleh telan, kompom dorang telan.

Ada yang makan tikus

Ada yang makan biawak

Ada yang boleh sumbat kanggaru

Yang ni tidak tau lah apa yang dia telan

Dan ada yang terlebih pelahap sampai tak sedar saiz. Kan dah pecah perut!

Yang tu semua ada makanan yang boleh dimakan, Apa yang jadi kalau ular dah tak ada makanan dan lapar nak mampos?

Ni ular memang lapar nak mampos. Tak da benda nak dimakan terpaksa makan diri sendiri.

Moral of the story : Jangan jadi pelahap macam ular..heheh..

Salam

C ya

Mesej Printer Yang Mengarut

Salam to all,

Atlast, hari jumaat dah sampai, rest time. Tidak perlu difikirkan tentang kerja dalam masa 2 hari ni. Tapi malam isnin memang dah start boring lah sebab besoknya kerja. Kerja di ofis kan banyak melibatkan printer dan komputer. Kalau printer SOT@Rosak mesti saya dah tension. Lebih-lebih lagi kalau tak dapat dibaiki.

Ada di antara EPIC printer yang mungkin menambahkan kemarahan seseorang kalau printer tu sendiri buat hal. Jom tengok sama-sama.










Apa-apa pun, kalau printer ada masalah pasti ada penyelesaiannya. Tenang dan jangan marah-marah k..

salam
c ya

Osama Bin Laden Mati Dibunuh




"WASHINGTON: Osama bin Laden dilaporkan mati dan mayatnya sudah dijumpai oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, kata pegawai negara itu, awal pagi tadi.

CNN memetik sumber berkata, Osama dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agam di luar Islamabad.

Tentera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New york dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.

Bagaimanapun Osama berupaya melepasi pemburuan tentera Amerika Syarikat dan sering beranggapan bahawa beliau bersembunyi di kawasan sempadan Pakistan dan Afghanistan."
Berita Harian

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah membuat pengumuman mengenai kematian Osama. Osama bin Laden merupakan salah satu daripada FBI 10 most wanted Fugitive. Bayangkanlah berapa lama barulah dorang dapat selesaikan misi memburu Osama.


Al-Fatihah untuk Osama Bin Laden

Sumber1
,Sumber2