Patutlah tak pernah dapat status Glitterati ni. Sebabnya sebelum nih memang banyak ads yang merapu-rapu kat dalam blog saya. Lepas buang semua, beberapa hari lepas tu dah dapat status ni. Walaupun saya tak berapa faham apa benda Glitterati ni, tapi yang saya tahu dia ada banyak kelebihan. By the way, thanks to Nuffnang. Harap-harap lah status ni dapat maintain kan. Earning setakat ni ciput habis. Tengok wayang pun tak lepas. hehe...
Salam to all,
Sebab terjadinya tajuk entri sebegini kerana saya rasa macam blog saya ni hyper lambat bila loading. Lebih-lebih lagi kalau bandwith celcom dah sampai 5GB. Kenapalah 5GB, kenapa tak 500GB ker, 1TB ke terus. 5GB tu bukannya banyak. 5 movie pun dah penuh + kalau tambah dengan rajin youtube lagi. Memang tak cukup makanlah. Terpaksalah limitkan download.
So bila saya buat research memang banyak batu bata kat dalam blog saya ni. Memang banyak gadget yang memberatkan blog. Sekarang ni semua batu bata tu saya dah buang dan yang tinggal hanya basic sahaja seperti ShoutMix dan Ads. Mesti ramai yang singgah kat blog saya ni kejap je kan. Pastu bila lambat loading kompom trus blah.
Kalau masih lagi loading lambat silalah bagi cadangan yang membina.
Duit? erm memang semua ramai yang sinonim dengan perkataan ini. Duit adalah medium pertukaran untuk sesuatu barang atau servis. Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. Sekelliling kita semuanya merupakan benda yang dibeli oleh duit. Jika ada yang menafikannya saya tak tahu camna korang dapat baca intri ini. Duit susah dicari tapi senang dibuang. Bukan buang dalam tong sampah, buang untuk membeli blah. Kalau beli lepas tu blah takpa, kalau beli tak blah blah, itu memang nak pokaikan poket la tu.
Ini merupakan web yang membolehkan kita buat homepage google dengan versi nama kita sendiri. Pergi ke GoogleMyWay.
Masukkan nama atau apa sahaja seperti di bawah
Klik Make it Klik Go Dan kamu akan dapat seperti ini
Bookmark kan page ni dan jadikan sebagai homepage anda.
Yang saya belum pasti tentang benda ni adalah, GoogleMyWay ada kaitan ker dengan google atau tiada. Jika ianya laman web seseorang, sudah tentu banyak $$$ yang dia dapat dari Ads /Iklan sebab orang dah buatkan laman web DIA jadi homepage. Dia juga boleh dapat duit dari apa yang korang search dari homepage google versi anda sendiri. Bukan hack tapi mungkin dia pakai Ads for search untuk GoogleMyWay. Tuan empunya laman web ni memang saya akui sangat kreatif dalam Ads. Itu cuma tekaan saya saja lah, sebab saya pun baru jumpa laman web ni, hehehe.
Gol yang pertama Gol yang pertama dijaringkan di Uruguay pada tahun 1930(Dah memang first World Cup kat sana). Ramai yang percaya, Bart McGee dari Amerika yang telah menjaringkan gol pertama untuk World Cup ketika menentang Belgium pada minit ke40. Namun jaringan itu dipertikaikan, dan FIFA confirm kan “Gol yang pertama” adalah dari Frenchman Lucien Laurent pada minit ke 19 menentang Mexico pada 13 Julai 1930. Ni kira cam perasmian gol World Cup la ni, untuk tahun 2010 pula siapa ek yang jaringkan FIRST GOL!! (sila sebut macam First Blood dalam game DOTA.)
Kad Merah yang pertama Kad merah dan kad kuning belum diperkenalkan sehingga World Cup 1970. Pemain yang pertama menerima kad merah adalah Chile's Carlo Caszely in 1974 dalam perlawanan menentang German Barat pada minit ke 67.
Pemain Paling Muda Pemain paling muda yang bermain di perlawanan World Cup adalah Norman Whiteside dari “Northern Ireland's” ketika bertemu dengan Yugoslavia pada tahun 1982. Umur pemain ni? 17 Tahun 41 hari. Baru lepas SPM agaknya.
Penonton Paling Ramai Penonton paling ramai untuk “satu” match adalah pada final 1950 dengan kehadiran sebanyak 199,854 yang menyaksikan perlawanan antara Brazil dan Uruguay di Rio de Janeiro, Brazil. Tapi kalau nak diikutkan, penonton/penyokong satu dunia memang tak terkira. Bagi yang menonton World Cup di rumah atau pun di restoran/warung semua tetap dengan satu semangat, BOLA, BOLA. Dan taukey kedai makan pun akan tersenyum lebar disebabkan kehadiran World Cup
Top Scoring Team Hungary mencatat 27 Gol dalam World Cup 1954. Hungary sampai ke peringkat akhir pada tahun itu tetapi kalah kepada West Germany 3-2.
Penyingkiran pusingan pertama berturut-turut
Scotland memegang rekod dengan lapan kali: 1954, 1958, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1998.
Marilah kita meriahkan sorakkan GOAALL pertama!
hehe